Bunga Berguguran

Sunday, September 22, 2013

Kuih Keria

Petang ni akhirnya berjaya buat kuih keria yang telah beberapa minggu berangan dan berazam nak buat. Finally it work.. Hehehe... Even rupernyer buruk tapi rasa dia Incik Bb kata sedap.. Lebih sedap dari kedai sebab rasa ubi keledek sangat banyak lagi menyerlah berbanding tepung. Alhamdulillah...tu la menu minum petang kami hari ni dan kenyang sampai ke malam. So malam tak payah makan dan boleh mengadap Internet sampai lebam..

Jadi kat bawah ni adalah simple resipi... Baru ku tahu..senang bangat resipinyer.. Ubi keledek ada balance lagi. Esok cadang nak buat untuk bagi kawan-kawan ofis merasa lak... In Sha Allah..  (^__________^)y

Bahan-bahan : 
500gm keledek
1 cawan tepung gandum
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
1 cawan gula
1/2 cawan air

Cara Membuatnya: 
1. Keledek dibuang kulit dan dipotong kecil.
2. Masukkan keledek, garam dan air secukupnya ke dalam periuk. Rebuskan hingga lembut.
3. Toskan air dan hancurkan keledek hingga lumat.
4. Gaulkan dengan tepung dan uli hingga menjadi gegelang kecil.
5. Goreng hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan minyak.
6. Masakan bahan salutan gula hingga mendidih dan pekat.
7. Tutup api dan masukan kuih. Kacau rata hingga gula melekat pada kuih.
8. Akhir sekali, hidangkan. 

Kuih Keria In The House
Special make by Me ^_^
~~~ Selamat Mencuba (^__________^)y ~~~

Sila Tinggalkan Pesanan Di Sini

Ni tagging kat meja di ofisku ^_^

Mesti tertanya-tanya kenapa letak entry macam ni??? & Kenapa letak gambar yang ada pesanan 'Sila Tinggalkan Pesanan Di Sini'??? Hehehe...actually just gimik jer.. Sebabnya terlalu ramai 'Silent Reader' yang mengunjungi blog ini. So saya tidak tahu sama ada entry saya ini Menyeronokkan ? Menarik? ataupun Membosankan? Oleh itu, mohon kepada sesiapa yang mengunjungi blog ini untuk meninggalkan jejak anda dengan 'klik' pada bahagian 'Followers' dan tinggalkan ckit komen di ruangan bawah entry supaya pihak admin tau response anda bagi tujuan penambahbaikan. Memanglah blog ini suka-suka punya blog, at least kalau ada komen baru meriah sedikit. So harap-harap lepas ini adalah komen-komen yang positif lagi membina bagi tujuan penambahbaikan. 

Secara umumnya, blog ini lebih kepada cerita kehidupan seharian saya di mana saya banyak menceritakan tentang itu ini dalam hidup ini. Ada gak unsur-unsur ilmiah dan perkongsian ilmu di sini. Ada yang saya tulis secara peribadi dan ada juga yang saya ekstrak dari blog atau fesbuk lain. Dan setiap kali perkongsian dari mereka saya akan kredit nama pihak-pihak berkenaan kerana saya amat memahami dan menghormati isu privasi dan hak cipta seseorang. Saya amat menghargai setiap cetusan idea oleh mana-mana pihak. 

Di samping itu, saya turut share beberapa resipi yang saya masak untuk perkongsian bersama. Ada sesetengah resipi yang saya letak di blog ini, saya tak pernah buat pun, just share untuk simpanan sekiranya pada masa akan datang nak buat resipi berkenaan dah ada sumbernya. 

Saya gak kerap share lagu dan klip video yang mempunyai sentimental value pada diri saya. Most of that song adalah feveret saya lah.. Di samping itu, turut share ceramah serta slot motivasi untuk tatapan diri sendiri perkongsian bersama umum. 

Ok sekian saya...coret-coret untuk petang nih. Kalau korang perasan saiz fonts untuk blog ini telah ditambahkan lagi bagi memudahkan anda untuk membaca dengan lebih jelas. Ok..pasni nak ke dapur buat cucur keria jap. Incik Bb dah request dah... 1st time buat..hope menjadilah... K tata... Nanti kita update lagi yer.. (^_________^)y

Friday, September 20, 2013

Let's Come & Hug Me

Kenapa Isteri Suka Dipeluk Suaminya? dan Bagaimana pulak Pelukan Suami Boleh Buat Isteri Kurus? Pelikkan persoalan di atas tu??? Jom kita baca apa yang menarik mengenai pelukan suami & impak kepada isteri. Tapi ingat ini just panduan untuk suami isteri sahaja yer.. Yang belum kahwin duduk jauh tau.. & Jangan sesekali buat macam mana yang disarankan pulak. Kerana sampai masa nanti...bila tiba waktu ketikanya dan telah sah jadi suami isteri bolehlah peluk la sepuas-puas hati korang.. Dah halal apa nak dikisahkan lagi betul tak? So ilham di bawah ni saya ekstrak dari fesbuk https://www.facebook.com/SoalJawabJomHamil. Semoga mampu memberi manfaat bersama. 

✔ Kebanyakan suami tidak memahami mengapa isteri sangat suka apabila dipeluk.

✔ Bagi suami, pelukan hanyalah pertautan fizikal, dan ada kalanya merimaskan.

✔ Sedangkan bagi isteri, pelukan menyimpan erti lebih mendalam dan memberi manfaat besar bagi kesihatan jiwa.

✔ Pernah seorang kenalan wanita mengadu kepada saya, semangatnya lemah kerana suami tiada di rumah dan jarang memeluknya.

✔ Bila suami memeluknya, baru terasa semangat dan tubuh menjadi lebih bertenaga.

✔ Walaupun ia mungkin benar dari sudut psychology, tetapi dari segi physiologinya juga mengatakan ‘pelukan mesra suami mampu mengeluarkan hormone oxytocin’ dalam tubuh isteri dan memberikan kesan tersebut.

Oleh itu para suami.....
1. peluklah isteri

2. belai lembut rambutnya

3. sentuh wajahnya

4. gosok lembut lengannya

5. kaitkan jari-jemari tangan anda dengan jari-jemarinya

6. gosok lembut punggungnya

7. sentiasa menjaga pandangan mata anda dengan matanya.

8. Pelukan membuatkan pasangan merasa lebih dekat dan intim. 

Bagaimana pulak pelukan suami tu boleh buat isteri kurus?
Macam mana tu tak tahu la pulak tapi menurut kata Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah, pelukan dan sentuhan suami kepada isterinya ada pelbagai kebaikan kepada si isteri juga kepada si suami antaranya:

# Pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri. Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap.

# Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun. Ini kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

# Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan.

#Selain itu pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunnah Rasulullah s.a.w.

# Hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik. Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri.

Jadi apa kata start hari ni , kita pakat-pakat minta suami peluk sekejap. Tak pun kita je la pi terkam peluk suami tapi kena tengok timing la jugak kan, kalau tak nanti ada dikatanya kita ni buang tebiat pulak. 

Paling tidak pun lepas kita salam dan suami kiss sebelum keluar rumah pi kerje tu, minta dipeluk sekejap, InsyaAlaah lama-lama bila diamalkan ada perubahan sikit dalam hubungan rumah tangga.

Bagi isteri, pelukan merupakan bentuk komitmen cinta dan kesetiaan pasangannya. 

Dari awal perkahwinan kami sehingga ke hari ni (kira dah setahun la).....Alhamdulillah ia masih menjadi amalan kami setiap kali sebelum p kerja atau kemana-mana sahaja la (tidak kiralah kami keluar berasingan @pun bersama-sama) mesti akan salam cium tangan, cium pada wajah dan peluk sekejap. Coz bila buat macam tu baru rasa confident nak kuar rumah dan rasa macam direstui pun ada. Lagipun kalau tak buat macam tu mesti rasa tak kena jer... Incik Bb pun sama rasa macam tu... Moga-moga amalan ini berkekalan hingga ke anak cucu. Aminn.....

Ellie & Carl from 'Up Movie'
Kekal romantik hingga ke tua ^_^
Sumber : Goggle
~~~ Sharing Is Caring (^_____________^)y ~~~

How To Make Mempelam Tiga Rasa

Hari ni duduk di rumah.... lantaran pagi tadi sakit kepala sesangat. Emm...rasanya sakit ni boleh diklasifikasikan berpunca daripada stress. Jarang-jarang berlaku..melainkan stress yang teramat sangat jer...mesti jadi macam nih.. Puncanyer yer??? Tak boleh citer... Tu rahsia...tapi tak ada kena mengena dengan komitmen dan tanggungjawab sebagai isteri yer.. Sebenarnya saya suka lagi bangga jadi isteri dia.. Hehehe.. Macam membodek jer.. 

Ok berbalik kepada tajuk entry..jom kita sama-sama belajar buat 'Mempelam Tiga Rasa'. Kenapa tiga rasa??? Coz ada rasa manis, masin dan pedas yang meletopsss... Actually bangun pagi-pagi tadi ada buat untuk membe2 ofis..tapi disebabkan pas solat subuh kepala makin sakit sehingga menitiskan air mata tak dapet la nak bawa dan bagi korang merasa yer.. In Sha Allah next week k..

Kat bawah ni ada cara-cara membuatnyer.. Tersangat simple dan kacang.. Semua orang boleh buat.. Tapi kalau malas nak buat...boleh jer tempah pada kiter.. Simple jer kan... Jom kite belajar sama-sama k.... (^___________^)y 

Buang bahagian tangkai mempelam dan rendam
Tujuan : bagi getah dia tanggal dan untuk mengelakkan kuku hitam kena getah tu ^_^

Potong mempelam nipis-nipis macam ni
Selepas itu letakkan garam & gaul hingga sebati ^_^

Masukkan hirisan cili padi
Kuantiti bergantung pada tahap kepedasan yang diinginkan ^_^

Masukkan gula ke dalam aduan mempelam tadi
Kuantiti gula : Makin banyak makan sedap
(sebab nanti bila cair rasa manis akan lebih terasa) ^_^

Gaul semua hingga sebati
Boleh rasa yer...if ada yang kurang boleh tambah.
Sesiapa suka belacan pun boleh letak..
Tapi  untuk adunan ini tidak ada belacan..coz risau customer tak tahan bau / tak suka 

Tadaa..dah siap..
1 bekas ni saya jual Rm10.00 sahaja
Penuh dan semuat-muatnyer saya isi mempelam nih.. ^_^
(Isi sahaja, biji akan diletak jika customer minta, kalau ada pun just sebiji dua jer)

Biji Mempelam saya simpan untuk kudapan diri sendiri..
Tersangat suka.... ^_^
~~~ Selamat Mencuba ~~~

Thursday, September 19, 2013

FrameTinks

FrameTinks adalah satu merupakan aplikasi internet untuk tickers for blog dan photo editing. Hari ni baru jumpa dan semestinya best sesangat. Hehehe...at least berjaya edit 4 keping gambo jugak la... Di samping itu, leh buat 'My Stick Family' macam gambo yang akan saya attach kat bawah nih. Memang best tau. Ada macam-macam aplikasi dan yang paling penting boleh terus link dengan Facebook...so edit-edit leh terus share kat facebook. (^___________^)y

Kalau nak tau lebih lanjut dan belajar macam-macam tentang apa yang saya katakan boleh terus ke laman web  http://www.widdlytinks.com/frametink. 

Chinta Allyna's Family
'My Stick Family' Application


Wif My Sweetheart
'FrameTinks' Application


Kiter on 16.09.2012
'FrameTinks' Application'

Wif Kawan-kawan Tersayang
'FrameTinks' Application

Wif Kawan-kawan Tersayang
 'FrameTinks' Application
~~~ Selamat Mencuba ~~~

Butterfly Shawl

1st time beli butterfly shawl masa raya puasa yang lepas. Time tu beli kaler light pink yang tersangat sweet. Masa kat butik tu tak banyak sangat pilihan so beli itu jela. Ala bukan mahal pun..sehelai hanya 10 henget jer. Tapi hari jumaat yang lepas terjumpa lagi di satu kedai tudung wif a lot of colour and design of butterfly. Harga pun sama 10 henget jugak. Terus rambang mata dibuatnya. So that friday grab warna biru+kuning...tersangat sweet gak warna tu. Hari ahad terus pakai p kenduri.. Masih bau kedai lagi tu.. Coz tak sempat basuh pun.. Last selasa p lagi kedai tu dan grab satu kaler lagi.. Emm..kali ni kaler hijau ala-ala Simply Siti Argan tu.. Tak tau sejak bila jatuh hati dengan kaler hijau macam tu... Tapi seriously memang tantik. Shawl tu nanti kita akan pakai time p kenduri sabtu ni k... 

Menengokkan design butterfly tu, mesti mak geleng kepala coz mak kurang berkenan sangat design butterfly sebab katanya macam budak-budak jer.. Incik BB meredhakan jela selagi berhijab mengikut Syariah dan menutup Aurat dengan sempurna even membelit-belit shawl dengan pelbagai fesyen yang dia sendiri tak faham. Janji menutup Aurat yer... Coz Kalau Sayang Suami...Kena Menutup Aurat dengan Sempurna.. Sebab suami kena menanggung setiap kesalahan yang kita buat. Kesiankan Suami Kita kan???? So peliharalah aurat dengan sempurna. Bagi yang belum berkahwin...Sayangilah Ayah Anda... Kerana Anda dibawah Tanggungjawab Bapa Anda Sepenuhnya.... 

So kat bawah ni adalah beberapa gambar mak cik ni melaram shawl butterfly... Rasa-rasa macam nak tambah koleksi lagi jer.. Coz kat kedai tu ada banyak kaler lagi seperti kaler merah+kuning, dark blue+putih, purple, black dan macam-macam la... Sabar yer...sila membeli dengan berhemah bukan mengikut nafsu. Nanti membazir tau cayang... Tersangat tak baik... Tapi memang terasa nak tambah koleksi lagi la.. Pe-pe pun jom layan butterfly shawl kiter dulu yer... (^__________^)y

1) Light Pink  wif Big Big Butterfly
Sweet sangat ^_^
Shawl ni sesuai dengan Inner Pink...baru naik seri dia..
Inner biru kureng sesuai....

2) Yellow + Light Blue wif  Colourful Butterfly
Kombinasi yang menenangkan ^_^
Shawl ini baru match dengan Inner Biru...
Kalau Inner Kaler Kuning pun boleh jugak.... 
Gambar banyak-banyak wearing Shawl Butterfly in Yellow+Light Blue

3) Green Argan Colour wif Big Big Butterfly..

Inner yang sesuai kaler hijau match wif orange lace as accessories.. Hasilnya tunggu la this weekend yer.. I love Shawl much.. Hope one day..dapat hasilkan shawl sendiri yang mampu menepati citarasa sendiri seperti lebih panjang dan lebar supaya mampu menutup dada dan belakang badan serta lebih tebal supaya tidak menampakkan bayang-bayang tengkuk dan susuk tubuh. Tapi yang pasti ia mesti cantik dan menepati citarasa ramai orang. In Sha Allah... Harap-harap ini juga doa yang bakal dimakbulkan... Aminnnn.....

Wednesday, September 18, 2013

Petua Memilih Isteri Jelita

Dalam video ceramah Ustaz Azhar ni pun ada bagitahu tips cari jodoh. Walaupun ‘mata yang belum berisi pengalaman’ itu tertarik pada rupa yang cantik, sebenarnya jodoh bagi hati adalah hati juga, bukannya rupa. Maksudnya pada akhirnya gadis yang hatinya paling suci sesuci hatinyalah yang dipilih oleh teruna untuk dikahwini.

Petua-petua sekiranya anda ingin memilih gadis jelita menjadi isteri:

1. Elakkan Dari Berkawan Dengannya
Dengan merapati dan berkawan dengan si gadis, kecantikan hati ini sebenarnya sukar untuk dinilai oleh lelaki. Selalunya yang dilihat semuanya ‘baik, sopan dan elok’ apatah lagi pada masa itu sang teruna sedang mahu, dia hanya nampak yang elok. Si gadis pula mungkin hanya berpura-pura jadi baik dan sopan untuk memikat teruna. Itulah sebabnya ada yang membidalkan bahawa:

‘Yang bercahaya tidak semestinya emas’ dan ‘Yang cantik tidaklah semestinya permata’. Maka elakkan dari berkawan dengannya untuk mengelakkan anda dari terpesona dan terpedaya. Di atas kejelitaan yang tiada tara bergantunganlah kehancuran yang tiada tara.
(Bidalan ltali)

2. Lakukan Risikan Secara Rahsia
Kecantikan hati biasanya boleh dinilai oleh pengamatan rahsia si teruna bersama keluarga teruna terhadap si gadis. Risikan rahsia ini adalah untuk mengetahui bagaimanakah tingkahlaku si gadis itu bila dia berada bersama keluarganya sendiri. Adakah si gadis dari jenis yang suka berjalan, bergaul bebas, atau suka menolong ibunya memasak, rajin berkemas dan taat dalam beribadat akan dapat ditentukan dengan lebih jelas.

Pihak teruna juga boleh mengetahui perihal moral si gadis dengan menyelidiki ke manakah si gadis itu suka pergi di hujung minggu atau di masa lapangnya. Jika dia gemar pergi ke tempat yang kurang baik, besar kemungkinan dia mempunyai sifat-sifat yang kurang baik pula.

Kejelitaan dan kegembiraan tidak akan bersatu lama. 
(Goethe)

Walaupun pada asasnya cara menyelidik begitu, atau dipanggil ‘merisik’ ini tidak begitu disukai oleh si gadis sendiri, ia adalah jalan yang dianggap lebih baik dari cara berkawan dengan si gadis, membawanya ke mana suka, dan ‘menyelidik’ dengan bertanya pada gadis itu atau hasil memperhatikan tingkah lakunya di depan mata.

3. Cari Yang Duduk Bersama lbu bapa
Sebenarnya alam gadis terdedah kepada pelbagai gejala yang tidak begitu menyenangkan.Terdapat lebih banyak unsur negatif dari yang positif di luar rumah, malah, bagi sesetengah keluarga ianya berlaku dalam rumah sendiri. Si gadis, yang masih dalam peringkat belajar hidup mudah terpengaruh kepada unsur-unsur negatif yang boleh merosakkan kesuciannya serta kebaikan perangainya. Ini kerana unsur-unsur negatif biasanya memberikan keseronokan dan nikmat tetapi kenikmatan ini berakhir sebentar saja disusuli pula oleh sesalan dan kemuraman mungkin seumur hidup.

Wanita jelita tidak bernasib baik dan teruna yang bijak tidak cantik. 
(Bidalan Cina)

4. Cari Yang Pandai Mengurus Rumahtangga
Pada zaman sekarang, masa remaja si gadis bererti masa sebagai pelajar sekolah menengah, pra-universiti dan pusat pengajian tinggi. Bagi gadis-gadis ini, masa untuk mereka belajar menjadi ‘wanita’ dari ibu adalah amat terhad, jika ada, praktikannya hanya dalam jangka masa pendek. Kesempatan untuk berada di dapur amatlah terhad pada hujung minggu serta semasa cuti. Akibatnya, semakin ramai gadis yang berorientasikan kerja makan gaji dan tidak berorientasikan mengurus rumahtangga.

5. Cari Yang Hormat Kepada Orang Tua
Selidiklah apakah dia gadis yang tahu menghormati orang tua. Ini penting kerana dia nanti akan bersua, bertandang ataupun duduk bersama ibu bapa anda. Walau betapa cantik pun dia, jika dia tidak menghormati ibu dan bapa mertuanya, dia akan menyebabkan anda menjadi serba-salah dalam menangani kehidupan anda.

Kejelitaan wanita, gema hutan dan pelangi, akan wujud sebentar saja.  
(Bidalan Jerman)

6. Cari Yang Pandai Menjaga Kehormatan
Hal ini juga dapat diperhatikan di kalangan gadis-gadis yang tidak begitu berjaya dalam pelajaran. Lebih ramai yang suka bekerja makan gaji dari membantu lbu di rumah atas alasan meringankan beban keluarga. Bagi gadis yang mudah ‘lupa’ masa inilah mereka akan jadi rosak. Mereka akan keluar dengan lelaki tanpa segan silu, mula memakai pakaian yang ketat dan menjolok mata serta belajar berbagai cara dari rakan sebaya untuk memikat lelaki. lbubapa yang tidak mengawasi gerak-geri anak gadisnya mungkin akan menyebabkan gadis itu menjadi gadis murahan.

7. Cari Yang Tidak Bebas Dengan Lelaki
Pada zaman dahulu, ada ibu bapa yang sengaja tidak menghantar anak perempuannya ke sekolah. Takut nanti jadi perempuan jahat akibat dapat bergaul dengan lelaki secara bebas. Bila zaman semakin moden, pemikiran cara ini dianggap sudah usang.

Ramai pula menganggap adalah lebih baik bagi wanita bersekolah asalkan saja di sekolah dia dilengkapi dengan input tatasusila dan adat apatah lagi agama.

Wahai si jelita jangan banggakan wajahmu, ianya hanya tamu 
yang akan berundang beberapa hari saja. 
(Bidalan Hindustan)

8. Cari Yang Didikan Agamanya Cukup
Beredarnya zaman perlu mengambil kira faktor sekeliling si gadis. Jelas pada kita bahawa cara hidup gadis sekarang sudah jauh berbeza berbanding gadis satu atau dua dekad silam. Namun, dari sudut nalurinya adalah sama saja. Zaman gadis adalah zaman mencari identiti dan cuba mengekalkan identiti itu. Jika terdedah dia kepada yang buruk maka buruklah jadinya. Walaupun begitu, gadis yang mendapat didikan yang baik besar kemungkinan akan menjadi wanita yang berguna kepada negara dan agama malah boleh menjadi contoh teladan sama ada kepada wanita mahupun lelaki.

Kadangkala lebih baik wanita buta dari wanita yang terlalu jelita. 
(Bidalan Serbia)

9. Cari Yang Berpegang Teguh Pada Suruhan Agama
Ada empat sebab utama mengapa teruna memilih seseorang gadis, kerana kecantikannya, kerana hartanya, kerana keserasian taraf dan kerana agama. Yang akan membahagiakan ialah memilih gadis yang beragama.

Dimanakah letaknya nilai gadis yang cantik? Letaknya ialah pada keimanan gadis itu. Jika dia cantik dan dia pula beriman, berharta dan setaraf pula, maka dialah yang masuk ke dalam kategori gadis yang ‘tak boleh tahan’. Tapi sedarlah, dia akan memilih lelaki yang baik-baik pula!

10. Bertunang Jangan Lama
Bila anda sudah melamarnya, jangan tunggu lama-lama. Nikahlah dengan segera kerana gadis jelita, ramai yang ingin menggodanya. Elakkan dari membawanya ke sana-sini kerana ini akan menerbitkan cemburu di hati lelaki yang jahat serta membahayakan keselamatan si gadis.

Petua orang tua-tua, kalau boleh, semasa bertunang perlulah berahsia, semasa bernikah perlulah dihebahkan agar semua orang tahu.

Katakan kepada wanita bahawa dia jelita, dan syaitan akan mengulangi kata itu kepadanya sepuluh kali.  (Bidalan Itali)

11. Kahwini Dia Ketika Usianya Masih Muda
Hal lni mungkin dianggap satu kontroversi oleh ramai orang tapi ia merupakan kebenaran yang sukar untuk dinafikan. Mengahwini gadis jelita ketika umumya masih muda remaja dapat membantunya agar selamat dari godaan dan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab. Ramai gadis jelita yang telah rosak kerana merosakkan diri atau dirosakkan. Ibu bapa seharusnya melepaskan anaknya untuk dikahwini lebih awal dan jangan membuat alasan bahawa anaknya masih belajar atau baru bekerja.

Seorang gadis, sama ada dahulu ataupun sekarang, layak berkahwin blia dia sudah berumur kira-kira 13 tahun. Ramai orang mungkin berflkir anda gila mengahwini gadis semuda itu, tapi siapakah sebenarnya yang gila jika gadis jelita seperti ltu besar kemungkinannya akan ternoda? Cuma, ibu bapa patutlah mempastikan bahawa anak gadis mereka mendapat suami yang baik serta bertanggungjawab.

Wanita jelita yang kurang bernasib baik akan berjumpa lebib ramai pencinta berbanding suami.
(Bidalan Jerman)

12. Elakkan Dari Terlalu Cemburu
Memang sudah menjadi adat dunia, gadis yang cantik jelita memang menjadi idaman teruna, suami orang mahupun duda. Elakkan dari menaruh perasaan cemburu. Yang penting ialah sejauh manakah anda telah bertindak untuk memilikinya. Bila si gadis telah menjadi isteri anda, didiklah dia agar dia menjaga kehormatannya serta taat pada agama.

13. Layan Dia Dengan Baik
Walau betapa jelita pun dia, seorang gadis tidak memandang pada paras rupa anda. Yang penting bila anda berkahwin dengannya ialah cinta anda kepadanya. Cinta bukan bermakna anda mahu ambil bulan bawa ke ribanya atau selalu melakukan seks dengannya. Cinta pada wanita ialah memahami jiwa mereka dan melayani mereka dengan baik. Bila dia sudah cinta pada anda seluruh jiwa raganya, dia tidak akan mudah tergoda dengan lelaki lain. Dia akan hanya anggap anda sebagai pengarang jantung dan buah hatinya.

Kejelitaan wanita yang tidak berguna itu ibarat racun dalam cembul emas. 
(Bidalan Tamil)

14. Bertanggungjawab
Walau betapa jelita pun dia, seorang gadis mahukan lelaki yang mampu menjaganya dengan baik, menguruskan kebajikannya serta memimpinnya menjadi wanita yang baik serta taat pada agama. Lelaki yang mereka mahukan ialah yang bertanggungjawab terhadap anak-anak serta menghormati pula ibubapa si gadis.

Izzue Islam & Tiz Zakyah
'Sebenarnya Saya Isteri Dia'
Sumber : Goggle