![]() |
| Ni tagging kat meja di ofisku ^_^ |
Mesti tertanya-tanya kenapa letak entry macam ni??? & Kenapa letak gambar yang ada pesanan 'Sila Tinggalkan Pesanan Di Sini'??? Hehehe...actually just gimik jer.. Sebabnya terlalu ramai 'Silent Reader' yang mengunjungi blog ini. So saya tidak tahu sama ada entry saya ini Menyeronokkan ? Menarik? ataupun Membosankan? Oleh itu, mohon kepada sesiapa yang mengunjungi blog ini untuk meninggalkan jejak anda dengan 'klik' pada bahagian 'Followers' dan tinggalkan ckit komen di ruangan bawah entry supaya pihak admin tau response anda bagi tujuan penambahbaikan. Memanglah blog ini suka-suka punya blog, at least kalau ada komen baru meriah sedikit. So harap-harap lepas ini adalah komen-komen yang positif lagi membina bagi tujuan penambahbaikan.
Secara umumnya, blog ini lebih kepada cerita kehidupan seharian saya di mana saya banyak menceritakan tentang itu ini dalam hidup ini. Ada gak unsur-unsur ilmiah dan perkongsian ilmu di sini. Ada yang saya tulis secara peribadi dan ada juga yang saya ekstrak dari blog atau fesbuk lain. Dan setiap kali perkongsian dari mereka saya akan kredit nama pihak-pihak berkenaan kerana saya amat memahami dan menghormati isu privasi dan hak cipta seseorang. Saya amat menghargai setiap cetusan idea oleh mana-mana pihak.
Di samping itu, saya turut share beberapa resipi yang saya masak untuk perkongsian bersama. Ada sesetengah resipi yang saya letak di blog ini, saya tak pernah buat pun, just share untuk simpanan sekiranya pada masa akan datang nak buat resipi berkenaan dah ada sumbernya.
Saya gak kerap share lagu dan klip video yang mempunyai sentimental value pada diri saya. Most of that song adalah feveret saya lah.. Di samping itu, turut share ceramah serta slot motivasi untuk tatapan diri sendiri perkongsian bersama umum.
Ok sekian saya...coret-coret untuk petang nih. Kalau korang perasan saiz fonts untuk blog ini telah ditambahkan lagi bagi memudahkan anda untuk membaca dengan lebih jelas. Ok..pasni nak ke dapur buat cucur keria jap. Incik Bb dah request dah... 1st time buat..hope menjadilah... K tata... Nanti kita update lagi yer.. (^_________^)y

No comments:
Post a Comment