Bunga Berguguran

Thursday, December 19, 2013

Candy Buffet Tagging & Menu

Finally siap gak tagging dan menu for candy buffet. Huhuhu... i love much pink kaler. Even tema asal adalah...silver cream wif mirror. Tapi tagging bio la kaler lain ckit. Sebagai penaik seri. Anyway balik nanti leh print dan hantar laminate. Hope semua berjalan lancar. Tidur malam pun termimpi-mimpi candy buffet jer.. Nampak sangat nervous ++ excited. Al-maklumlah first time. Semoga ini permulaan yang baik untuk my 'Ungu Lavender House'. (^________^)y

Tagging for Candy Buffet

Tagging for candy buffet

Menu candy buffet for this 22/12/2013

Kepada sesiapa yang berminat boleh jer calling-calling kita yer.. Candy buffet ni sesuai untuk majlis sambutan hari lahir, aqiqah dan cukur jambul, pertunangan, perkahwinan serta majlis apa-apa jela yang korang semua rancang.. In Sha Allah akan kami realisasikan.

Tuesday, December 17, 2013

Saya Dah Daftar Dah...

Seminar Dunia Usahawan 2014 merupakan salah satu program Dr. Azizan Osman. Untuk tahun 2013 memang tak sempat nak pergi. So untuk permulaan tahun 2014....saya mulakan dengan program motivasi bagi tujuan untuk tuning semangat dan mental bagi mempersiapkan diri menghadapi alam biz sepenunhya bagi tahun 2014. Waaaa...semangat sungguh ni.. Moga-moga dipermudahkan la yer... 

Kat bawah ni ada sedikit info mengenai seminar yang bakal diadakan. Kalau berminat nak join boleh klik pada link ini yer... Seminar Dunia Usahawan 2014.
Klinik Usahawan Dr Azizan Osman di dalam tempoh beberapa tahun ini terbukti berjaya menjadi satu-satunya gedung ilmu seumpama sebuah "universiti usahawan" yang telah melahirkan berpuluh ribu usahawan setiap tahun yang dulunya bekerja dengan pencapaian "sijil" berupa bank statement perniagaan dengan jualan meningkat 500% dari beribu ringgit sebulan mencecah ratusan ribu sehingga jutaan ringgit sebulan dalam masa kurang dari 12 bulan. - Dr Azizan Osman

Khusus buat anda yang berniaga samada full time atau part time, anda usahawan yang belum berjaya, sedang berjaya atau mahu lebih berjaya, atau anda yang terlibat sebagai pemilik perniagaan seperti syarikat guaman, klinik kesihatan, syarikat kejuruteraan atau anda yang terlibat dalam mana-mana industri yang berkaitan dengan bidang jualan & pemasaran seperti takaful, unit amanah.

Anda semua rugi jika tidak dapat atau tidak tahu bagaimana meningkatkan jualan & pendapatan anda TIGA ke LIMA KALI GANDA untuk tahun 2014!

Anda tahu tak 3 Sebab Utama Beratus Ribu Orang Berebut Hadir Ke Klinik Usahawan saya? :
Kerana Alhamdulillah dengan sedikit pengalaman saya membina perniagaan saya sehingga hari ini mempunyai 27 buah syarikat di dalam pelbagai industri serta hobi saya berkongsi ilmu usahawan dan pemasaran agar lebih ramai yang menjadi usahawan berjaya telah membuktikan 3 perkara:-

Ilmu ini berjaya membantu

1- Meningkatkan jumlah pelanggan para usahawan yang hadir ke kelas saya dan aplikasikan ilmu tersebut

2- Meningkatkan jualan mereka dalam masa yang sangaaat singkat sehingga 300-500%

3- Meningkatkan keuntungan mereka berganda-ganda 3-5x dengan hanya menggunakan ilmu yang dikongsikan

Resit Pendaftaran seminar
Harap ada gula-gula ILMU yang boleh dibawa pulang untuk direalisasikan ^_^

Apa Itu Candy Buffet???

Merupakan hidangan manisan yang terdiri daripada pelbagai jenis manisan seperti gula-gula, lollipop, marshmallow, coklat dan terkini kebanyakan orang menambahkan buah-buahan untuk disalut coklat yang dihidangkan di atas meja khas dengan pelbagai warna dan tema yang menarik.

Candy Buffet biasanya dihidang dengan menyusun manisan di dalam bekas pelbagai bentuk dan kebanyakkan mereka meletakkan manisan di dalam bekas yang lutsinar untuk menaikkan keghairahan tetamu agar datang ke meja manisan ini. Lebih menarik jika chocolate fountain machine diletakkan di atas meja hidangan. Tetamu boleh mencelopkan marshmellow dan buah-buahan dengan coklat, sudah tentu itu lebih mengujakan para tetamu.

Biasanya candy buffet diwujudkan untuk kanak-kanak kerana biasanya ibu bapa yang menghadiri majlis akan diberikan goodies. Manakala bagi kanak-kanak candy buffet merupakan goodies buat mereka. Itu secara teorinya. Namun dah nama pun candy buffet...rasanya tak kira kanak-kanak mahupun orang dewasa pasti akan serbu ke sudut berkenaan. 

Antara manisan yang terdapat di dalam senarai Candy Buffet adalah seperti berikut ;

1) Aneka Marshmellow


2) Aneka Jelly

3) Aneka Buah-buahan

4) Aneka Gula-gula

5) Homemade cupcake / muffin

6) Homemade chocolate

7) Aneka bentuk Lollipop

8) Aneka Biskut

9) Gula-gula kapas

10) Chocolate Fountain

Kebanyakkan menu candy buffet di atas ni, memang ditawarkan dalam pakej candy buffet yang pihak kami tawarkan. Untuk lihat pakej candy buffet yang menarik dari pihak kami boleh klik link ini yer... Pakej Candy Buffet. Pakej bajet untuk candy buffet pun ada kami tawarkan. Serendah harga RM200 sahaja. Nantikan hupdatenya yer....  

~~~ Love Candy Much ~~~

Monday, December 16, 2013

Pakej Candy Buffet

Contoh Candy Buffet
Sumber : Goggle

Ni kira antara salah satu new produk under label 'Ungu Laveder House'.. Kiranya candy buffet yang sulung kami akan launch pada 22 Disember ni di Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar, Perak. Nanti saya akan update sekitar majlis berkenaan. So kat bawah ni ada pakej-pakej istimewa yang ditawarkan. Jangan risau mengenai harga yang ditulis pada pakej. Just sms @ call saya untuk khidmat nasihat bagi mendapatkan harga candy buffet pada pakej yang sangat berbaloi. 

Bagi sesiapa yang membuat tempahan untuk candy buffet 2014 dari tempoh 16/12/13 sehingga 31/12/13. Anda layak mendapat 20% less bagi setiap pakej pilihan. Jadi tunggu apa lagi...cepat2 sms yer.. Konsep kami mudah...'Anda Penentu Kami Pelaksana'. 

Terdapat 3 Pakej yang Ditawarkan 
Jika berminat jangan segan-segan sms yer.. Thanks ^_^

Friday, December 13, 2013

Kek Keju Meleleh

Entry ni Cik Na Na edit cikit yer... Kalau sesiapa pernah tengok resipi yang asal ada tepung jagung.. Cik Na Na dah remove dah tepung jagung tu... Coz bila letak mende tu 'Phailed' jer kek keju korang nanti...

Tapi bagi yang malas nak ikut resipi ni.. Cik Na Na suggest p jer kedai bakery dan beli ' Tepung Optima / Sponge Mix Cake'. Nanti balik rumah just campur dengan telur, air dan mentega. Pastu pukul hingga kembangn dan bakar. Topping dia ikut resipi di bawah ni yer... Mudah dan menjimatkan masa.

Contoh Sponge Mix Cake yang ada di pasaran

Resipi dah ada..So mesti kena try gak yer resipi kek keju nih.... (^___________^)y

Kek Keju Meleleh..
Macam sedap jer.. Macam terliur jer..
Sumber: Goggle

Bahan-bahan untuk Kek
**100g tepung hongkong/tepung kek 
**1 sudu kecil baking powder 
*1 sudu besar ovalette 
*100g gula kastor 
*4 biji telur & 2 biji kuning telur 
*50ml air sejuk/susu cair 
*75g mentega cair 

Cara Membuat:
1) Ayakkan dahulu bahan yang bertanda**
2) Mixkan semua bahan di atas kecuali mentega cair.
3) Pukul sampai gebu baru masukkan mentega cair.Sebatikan.
4)Bakar dalam oven pada suhu 160c-170c selama 45 minit @sehingga masak.

Bahan-bahan untuk Cream
* 250g cream cheese
* 120g susu pekat manis
* 50ml Susu Cair/Susu Segar/UHT Whipping cream

Cara Membuat :
1) Mix semua bahan di atas hingga sebati, adunan ini memang cair.
    (bagi yang nak cair lagi,tambah lg sedikit Susu Cair/susu Segar/UHT Whipping Cream ye)
2) Untuk Hiasan 1 buku (250g) cheddar cheese, diparut.

Cara penyediaan
1) Kek yang masak tadi sejukkan dulu kemudian bahagi pada 2 keping.
2) Tuangkan cream cheese di atas kepingan pertama.
3) Lapiskan dengan kek,tuang semua baki cream cheese tadi.
4) Parutkan cheddar cheese di atas kek. Siap.

~ Selamat Mencuba ^_^ ~

Jom Tidur...

Hari ni tersangat mengantuk.. Tapi yang heran mulut ni nak mamam benda-benda manis la.. Emmm..bila la yer nak buat kek.. Tak sempat sesangat sekarang. Memang serius sibuk.. Sampai badan pun penat semacam jer... Waaa...kalau dapat tidur kan best... Lagi 5minit rehat time... Lari laju-laju ke surau dan cop port yang paling best untuk tidur.. Totally penat sesangat dah nih...

Yela..pas kul 5 petang sambung OT. Sampai rumah malam..dah siap solat dan buat kerja rumah..sambung buat goodies bag untuk wedding 22hb Disember nih.. Huhuhu.. padat sungguh jadual mak cik kebelakangan ni tau... Muka pun macam kurang seri jer.. Penat tau.. Mata pun dah macam panda dah... Ishk2... Tak mo membebel dah... Nak tidur sekarang... (-_________-)zzZzzZZz

Ngantok la sangat yer....

Thursday, December 12, 2013

Masalah Peti Suara

Entry in imerupakan rentetan dari pada entry Serak Itu Seksi Ker???. Dalam entry tu kita bincang tentang petua macam mana nak memulihkan suara yang serak kepada merdu seperti sebelum ini. Hehehe...merdu la sangat kan??? Kali ini kita merujuk dari perspektif perubatan lak k... Suara serak mungkin diakibatkan oleh masalah pada peti suara.. Auwwww...macam seram jer.. Adakah peti suara saya sedang menghadapi masalah sekarang? Memang tak p check up lagi ekoran kesempitan masa. In Sha Allah..kalau masuk tahun 2014 pun tak hilang lagi suara seksi ni.. Kena berjumpa doktor gak la untuk pemeriksaan lanjut. Risau kan.. Coz suara merupakan salah satu anugerah Allah SWT yang tersangat bernilai dan tersangat penting. So kena ambil tau jugak pasal dia. So kat bawah ini ada sedikit info mengenai permasalahan peti suara yang ditulis oleh Dr. Irfan Mohamad. Ha..kat bawah ni siap letak nama dan biodata ringkas dia... 
Ni penulis artikel asal "Masalah Peti Suara'
Sumber : Goggle
SUARA merupakan suatu nikmat yang membolehkan kita untuk berkomunikasi antara satu sama lain, meluahkan emosi dan perasaan, memberikan isyarat serta amaran jika berlaku sesuatu perkara yang berbahaya dan sebagainya.

Banyak orang menganggap suara adalah sesuatu yang terjadi secara automatik atau tindak balas manusia yang terjadi secara refleks.

Oleh sebab itulah mereka tidak pernah merasakan bahawa ia adalah satu anugerah yang amat penting dan berharga yang tanpanya manusia tidak akan dapat hidup dengan sempurna.

Sesekali apabila kita mendapat sakit tekak dan suara kita tidak dapat keluar, barulah kita menyedari peri pentingnya kurniaan Tuhan itu dalam kehidupan kita.

Peti suara
Peti suara terletak pada bahagian larinks seseorang. Peti suara atau glottis menjadi pengawal yang menentukan sebanyak mana udara yang keluar, kadar kenyaringan (pitch) dan kekuatan (amplitude ) suara kita.

Panjang peti suara berlainan antara lelaki dan wanita. Peti suara lelaki berukuran 17 hingga 23 milimeter (mm) dan wanita berukuran 15 hingga 19 mm, membuatkan suara lelaki lebih kasar (low pitch) dan wanita sebaliknya.

Peti suara lelaki yang lebih panjang ini juga memberi bentuk halkum yang lebih kelihatan pada pandangan khalayak umum.

Simpanan tenaga untuk penghasilan suara berasal daripada paru-paru. Semasa proses menghembus nafas, udara dalam kuantiti terkawal akan melalui dan menggetarkan peti suara.

Seterusnya, ia akan melalui rongga mulut dan sebahagian kecil melalui hidung yang akan memberikan bunyi huruf-huruf yang sesuai mengikut arahan serebrum.

Sedikit udara akan keluar melalui hidung untuk memberi kesan resonans yang menyedapkan telinga mendengar.

Tanda-tanda masalah
* Serak suara
Keadaan ini sering terjadi terutamanya sewaktu kita mengalami jangkitan pada bahagian atas saluran pernafasan. Ia selalunya akan kembali normal selepas satu atau dua minggu.

Serak suara yang berlarutan atau bertambah teruk sepatutnya membawa anda berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Ia amat penting untuk menentukan bahawa anda tidak mengalami masalah lain seperti gangguan kepada saraf peti suara, ketumbuhan, refluks faringitis dan sebagainya.

* Sukar bernafas
Glottis merupakan ruangan yang paling sempit pada badan seorang dewasa. Oleh sebab ia merupakan tempat yang mesti dilalui oleh udara yang keluar masuk ke paru-paru, maka sebarang gangguan fungsi (saraf recurrent laryngeal) atau ketumbuhan boleh menyebabkan ia menjadi lebih sempit dan ada ketikanya menyebabkan pernafasan menjadi berbunyi (stridor).

Keadaan seperti ini perlu mendapat perhatian dan pemeriksaan rapi doktor dengan kadar yang segera.

* Batuk berdarah
Sebarang ulser atau ketumbuhan yang ada pada peti suara khasnya, atau di mana-mana di sepanjang saluran pernafasan boleh menyebabkan pesakit mengalami batuk berdarah.

Ini adalah kerana peti suara merupakan laluan yang paling sempit dilalui oleh udara berkelajuan tinggi, yang akan dikeluarkan sewaktu seseorang itu batuk.

* Tersedak
Sewaktu kita menelan makanan, beberapa mekanisme berlaku dalam larinks untuk menutup saluran pernafasan bagi memastikan tiada makanan yang termasuk ke dalamnya.

Salah satu daripadanya ialah penutupan peti suara. Jika terdapat kelumpuhan pada saraf peti suara atau apa jua keadaan yang mengganggu fungsi ini, maka ada makanan yang mungkin tersalah masuk ke dalam saluran pernafasan dan berlakulah proses batuk secara tiba-tiba yang kita panggil tersedak.

Tips menjaga suara
Banyak perkara yang boleh kita amalkan yang akan membantu kita mendapat suara yang sedap didengar. Antaranya ialah:

* Elakkan menjerit
Peti suara kita terpaksa bekerja dengan kuat untuk menghasilkan jeritan. Jika kita perlu bercakap untuk khalayak yang ramai, gunakanlah mikrofon atau pembesar suara.

Salah satu pesanan Luqman Al-Hakim kepada anaknya ialah supaya tidak sesekali meninggikan suara dalam percakapan dan ia sememangnya terbukti dalam ilmu perubatan laringologi.

* Elakkan berbisik
Banyak orang tersalah angap bahawa berbisik akan membantu seseorang yang tidak dapat mengeluarkan suara sewaktu sakit tekak.

Berbisik sebenarnya boleh menerukkan lagi keadaan serak suara dan ia juga tidak baik untuk seseorang yang sihat.

* Selangi percakapan dengan meminum air
Seringkali kita melihat penceramah diberi air mineral sewaktu berucap. Ia bukanlah sekadar tradisi bahkan menjadi satu bentuk kaedah perubatan yang amat berguna.

Amalan meminum air pada waktu memberi ucapan atau ceramah yang panjang boleh membantu menjaga suara supaya tidak timbul keperitan.

* Jangan merokok
Selain daripada menyebabkan kanser mulut dan paru-paru, merokok juga meningkatkan risiko mendapat kanser peti suara pada kadar dua atau tiga kali ganda.

Merokok dan mengambil alkohol akan bersinergi dalam meningkatkan risiko kanser kepada 15 kali ganda.

Jika tidak mendapat kanser sekali pun, iritasi asap rokok boleh menyebabkan peti suara berparut (leukoplakia) atau bengkak (Reinke's edema).

* Rawat refluks
Bagi mereka yang mengalami penyakit refluks (asid dari rongga perut), sewajarnyalah rawatan untuk penyakit ini diambil perhatian.

Ini kerana kesan asid tersebut telah dikenal pasti menjadi salah satu punca iritasi terhadap peti suara yang dikenali sebagai refluks faringitis dan laringitis.

* Persekitaran yang bersih
Faktor pencemaran persekitaran akan mendedahkan seseorang itu untuk mendapat radang pada saluran pernafasan.

Keadaan ini amatlah tidak baik untuk kesihatan sistem pernafasan manusia secara amnya dan peti suara khasnya.

Rawatan
Rawatan kepada masalah peti suara amatlah bergantung kepada jenis masalah yang dihadapi. Ada yang memerlukan sekadar rehat suara, terapi penggunaan suara yang betul. Malahan ada juga yang memerlukan penyiasatan selanjutnya seperti endoskopi dan biopsi.

Bagi kes-kes ketumbuhan, pembedahan atau radioterapi mungkin menjadi rawatan yang menjanjikan penyembuhan lebih berkesan.

Namun, apa yang lebih penting ialah kesedaran untuk mendapatkan rawatan kerana intervensi awal mungkin boleh menyelamatkan suara anda.

Menghargai nikmat
Sebagai seorang makhluk, kita bertanggungjawab untuk menjaga dan menggunakan kurniaan Tuhan dengan cara yang sebaik- baiknya.

Betapa sukarnya hidup mereka yang nikmat suaranya telah hilang, baik disebabkan oleh penyakit mahupun kecederaan yang tidak dapat dielakkan.

Namun, selagi mampu, kita wajib menghargai kurniaan yang tidak ternilai harganya ini. Suara kita perlu dijaga dan digunakan dengan kaedah dan untuk tujuan yang baik kerana setiap apa yang keluar dari peti suara kita pasti akan ditanya apa yang disuarakan itu kerana ‘suara kita, tanggungjawab kita’.

Admin:  Rasa-rasanya masalah kita macam rawat refluks jer.... Yela..sebabnya bila makan pedas dan masam suara akan menjadi teruk. Ntahlah.. Apa-apa pun kena berjumpa doktor dulu sebelum dapat jawapan sebenarnya.. Emmm...harap-harap tiada yang serius. Amin.... 

Suara serak memang sangat susah hati lah..
Sumber : Goggle