Bunga Berguguran

Monday, August 12, 2013

Devotees -Kekasih

Dah hampir seminggu dah tak berblogging. Rindu sesangat tau dengan kerja-kerja menaip yang mampu meredakan tekanan yang pelbagai. So sebagai permulaan ni...kita warming up this blog dengan lagu nasyid dari Kumpulan Devotees bertajuk 'Kekasih'. Special dedicate to my Incik BB and also semua insan yang disayangi la... Love all of you much....



Devotees - Kekasih

Kasih 
Telah terbina sebuah mahligai 
Menjadi tanda agungnya cinta kita 
Kasih 
Telah kubinakan sebuah istana 
Menjadi tanda cinta sejati 

Mekar menghiasi taman kasih kita 
Dan diiringi haruman firdausi 
Dikaulah permaisuri di hati suami 
Penyejuk mata penenang di hati 

Tapi angin yang mendatang 
Bagaikan badai yang melanda 
Kau pergi dulu tanpa menungguku 
Kerna takdir kurelakan jua 

Kekasih 
Akan kupahatkan doaku 
Di dalam lena dan jua jagaku 
Kekasih 
Akan kusirami pusaramu 
Dengan cinta sejati 

Oh andai takdir 
Kita bersama lagi 
Kuingin hidup bahagia bersamamu



1 comment:

  1. Banyak kali tengok video klip ni mesti touching.. Tak tau la kenapa...
    (Admin)

    ReplyDelete