Cute kan Asha 501 in yellow colour nih.. Hehehe.... Dah macam spongebob la pulak.. Cute sangat-sangat kan... (^__________^)y.
Thursday, June 27, 2013
Pakej Komunikasi Belia
Pakej Komunikasi Belia adalah salah satu projek kerajaan Malaysia melalui SKMM di bawah bajet 2013 dan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI) untuk mempertingkatkan taraf hidup rakyat terutamanya golongan belia. Kerajaan menyasarkan golongan belia ini sebagai golongan yang mampu memberi impak yang besar dalam memacu pertumbuhan ekonomi terutamanya dalam bidang e-perdagangan (e-commerce).
Pakej ini dilaksanakan pada 1 Januari 2013 dan dijangka dapat memanfaatkan 1.5 juta belia di Malaysia. Program ini menawarkan rebat sebanyak RM 200 untuk pembelian telefon pintar 3G melibatkan peruntukan sebanyak RM 300 juta.
Syarat kelayakan adalah:
Warganegara berumur di antara 21-30 tahun pada tarikh pendaftaran
Berpendapatan kasar bulanan RM 3000 dan ke bawah
Sekiranya belum melanggan mana-mana pakej jalur lebar daripada penyedia perkhidmatan, dikehendaki melanggan pakej jalurlebar yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang terlibat. (Sumber: Laman Web Rasmi SKMM)
So berdasarkan statement di atas tu, aku ni dikategorikan layak la.. Actually..orang lain dah lama dah sibuk dengan menda nih..tapi aku je baru sibuk-sibuk nak guna pakej belia nih. So malam tadi dah berjaya daftar dah... Hehehe..suka sangat-sangat...
![]() |
| Ni rupernyer Permohonan yang berjaya |
Bila dah daftar sibuk la view handphone mana la yang boleh dibeli guna pakej nih.. Actually ada sedikit perubahan dengan peranti yang boleh dibeli dengan pakej nih.. senang citer..time awal tahun hari tu macam banyak gak lah handphone yang best-best contoh Nokia Lumia 610 tapi sekarang dah tak ada. Ni kat bawah ada listing handphone yang berkaitan...
![]() |
| Listing Handphone Pakej Komunikasi Belia |
Kat bawah ni pulak..listing Pemberi Perkhidmatan dan Handphone yang ditawarkan.
| Hotlink |
| Tune Talks |
![]() |
| U Mobile |
| Yes-YTL |
| Celcom |
| Digi |
Wednesday, June 26, 2013
Hon Biba Biru-Ku
Cik Biba Biru-ku dah berapa bulan dah ada masalah hon. Ni gara-gara Incik BB la..ter'accident' kan Cik Biba Biru-ku.. Nak bawa p kedai, dia kata nak repair sendiri. Hon kereta ni dicipta bukan sahaja-sahaja jer untuk sound pemandu-pemandu yang tak tau etika dan protokol di jalan raya jer tau. Tapi ada fungsi lain, tapi mostly hon dibunyikan atas tanda tidak puas hati la pada driver lain.
Ok berbalik pada citer hon Cik Biba Biru-ku, sejak tak boleh guna hon ni, ada jer setiap hari pemandu tidak beretika & protokol ni menaikkan darah aku. Contohnya semalam.. on the way balik dari rumah mak, sampai kat satu simpang ada kereta tu berhenti. Nak masuk simpang ke kanan la coz signal menunjukkan ke arah kanan. So aku lak siap-siap bagi signal ke kiri coz nak bagi respone pada driver kat belakang yang kereta di hadapan tu nak membelok ke kanan. So that part..settle.. So bila dia, membelok..aku pun nak jalan la terus..tetiba dia boleh berhenti..sebab takut nak membelok coz ada kereta dari laluan utama. Mau tak terkejuz boboi... Nasib la sempat brek, kalau tak dah tercium dah Cik Biba Biru-ku dengan Cik Honda City di depan ku.. So ceritanya di sini, kalau ada hon..dah lama dah aku hon panjang-panjang & lama-lama kat Cik Honda City tu.. Coz dia membahayakan nyawa & kereta orang lain. Yang bertambah cuak, kat belakang aku ada Encik Satria yang agak mengerunkan. Kalau terhentam..bukan ker jadi Cinta 3 Bersegi yang boleh men'hot'kan malam yang sejuk..
Disebabkan tak ada hon..aku hanya boleh beristifar panjang jela... Tapi sempat mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana aku selamat & begitu juga dengan Cik Biba Biru-ku. So conclusionnya..this weekend Incik BB akan tukar hon baru untuk Cik Biba Biru-ku itu. Yeah.... Lepas ni leh la menggunakan kemudahan yang ada dengan sebaik mungkin... Lepas ni siaplah sape-sape yang pelik di jalan raya... (Agaknyer sebab ni la Incik BB tak nak repair hon coz xnak bagi aku cari pasal ngn orang lain kot....)
Kat bawah ni ada beberapa fungsi hon yang sering digunakan secara umum.. So faham-fahamlah kalau anda kena hon tu yer...
1 x HON PENDEK – pemandu tu nak cakap “HAI”
2 x HON PENDEK – pemandu tu nak cakap “TERIMA KASIH” atau “JUMPA LAGI”
3 x HON PENDEK – pemandu tu suruh kenderaan depan tu cepat sikit (biasanya kat traffic light time dah hijau tak reti-reti nak jalan)
1 x HON PANJANG – pemandu tu beri amaran kereta lain bahawa diorang memandu secara merbahaya dan hampir menyebabkan kemalangan
2 x HON PANJANG – pemandu tu marah “HOI!!!… BODOH XDER OTAK KE”
~ ~ ~ Ala-ala tentang hon pun nak buat entry kan.. Just as additional info k...~ ~ ~
![]() |
| Sila Gunakan Hon Sebaik Mungkin |
![]() |
| Wif Cik Biba Biru Lokasi : Ladang Teh Boh, Cameron Highlands |
Rindu Cintaku Padamu...
Ni antara lagu baru yang feveret la.. Special dedicate untuk My Incik BB...
Jarak yang memisahkan
Engkau dan aku
Terlukis sebuah rasa
Berbingkai rindu
Gelisah karnamu
Ingin di dekatmu
Suka dan duka bersamamu
Rindu rindu semakin rindu
Cinta cinta semakin cinta
Aku di sini, kau di sana
Rindu rindu semakin rindu
Cinta cinta semakin cinta
Rindu cintaku padamu
Berharap esok hari
Kita bersatu
Menembus dinding waktu
Menghalang rasaku
Tuesday, June 25, 2013
Arang and The Magistrate
Ada satu cerita baru kat TV9 ni dalam slot Saranghae. Selalunya tayangan setiap hari isnin & selasa jam 9.30malam. Tapi tah kenapa tah..dah tukar siaran hari selasa & rabu pulak. Ape-ape pun..citer nih memang best sebab ia lebih kepada penyiasatan berbanding cintan cintun la.. Yela penyiasatan berkenaan kematian 'Arang' ni la. Actually 'Arang' ni adalah nama yang diberi kepada roh gadis sunti yang tak tau nama sendiri. Kiranya 'Arang' ni tak tau la siapa dia ketika dia hidup dulu. Hinggakan nama sendiri pun tak tau. Sehinggalah dia jumpa seorang majistert yang bersetuju untuk membantu dia menyiasat siapa diri dia. Tambahan magistrate ni boleh tengok benda ghaib..tu sebab dia boleh tolong 'Arang'... Best kan??? Kalau tak silap..last week baru episod ke-4 la.. So malam ni ada lagi... (^______^)y
![]() |
| Shin Min Ah as Arang |
![]() |
| Lee Joon Ki as The Magistrate |
IPU Jerebu Hari Ni
Bila asyik update IPU ni..dah macam aku ni kerja di Jabatan Alam Sekitar la pulak. Actually sebagai peringatan pada semua. Ni bukan update kat blog jer, fasbuk pun update gak... Hehehe... So kat bawah ni Jadual IPU untuk hari ni, untuk beberapa daerah di negeri Perak sahaja.. Jaga diri yer semua. Coz i dah rasa dah kesan jerebu nih.. Mata dah mula berair dan sakit dah nih.. Tersangat la sedih coz air mata asik mengalir...
![]() |
| IPU untuk 25 Jun 2013 |
![]() |
| IPU bagi negeri Perak |
Dari jadual di atas, daerah Seri Manjung dah mencecah zon 'Sangat Tidak Sihat' & Tanjung Malim lak zon 'Tidak Sihat'. Manakala yang lain-lain dalan zon ' Sederhana'. Rasanya Kampar dekat-dekat zon tak sihat jugak la.. Pagi-pagi lagi dah rasa terlalu menyesakkan dan memedihkan mata.
So langkah pencegahan yang boleh dibuat..
1) Pakai Penutup Muka kalau keluar
2) Minum Air Kosong banyak-banyak
3) Duduk di rumah / ofis diam-diam
Monday, June 24, 2013
Marble Shortbread
Last saturday..pergi kedai barang-barang bakeri untuk beli beberapa barang keperluan untuk membuat kek dan coklat. Ada lak jumpa acuan untuk buat biskut shortbread. Dah lama mencari, tak sangka jumpa kat kedai tu. Cadangnya gaji ni, nak p beli la acuan tu dan try buat la.. Leh bagi Incik BB makan dan bagi family & kawan-kawan makan. Dah goggle dah resipi & dah dapat dah. Jom kita tengok resipinyer, hasil shordbread buatan air tangan ku kena tunggu la....this week ada trip p Terengganu lak.. Kalau tak..boleh la buat weekend nih.. Tak pe..next others week boleh buat k...
Resipi Marble Shortbread (Sumber web http://www.myresipi.com)
Bahan-bahan (1 loyang bercutter 10" x
10")
Bahan (utk base biskut)
150g tepung gandum
50g gula kastor
50g serbuk badam
125g butter
50g susu tepung
Bahan (utk hiasan)
200g coklat masakan
1 camb shortening
75g coklat putih
Cara-cara
1) Gaul kesemua bahan utk base biskut hingga
sebati (adunan akan menjadi serbuk roti).
2) Masukkan adunan ke dalam acuan. Tekan adunan
sehingga padat dan rata dlm acuan. Cucuk dgn garfu base tersebut.
3)Tekan alat pemotong ke dalam adunan bakar pada
suhu 180 selama 15 minit.
4)Bila biskut masak, keluarkan alat pemotong ,
biarkan sehingga biskut sejuk
5)Cairkan coklat masak & shortening, tuang
atas biskut yg telah disejukkan tadi.
6)Cairkan coklat putih, masukkan ke dalam beg
piping dan lorekkan atas coklat masak
7)Tarik coklat putih dengan pencungkil gigi utk
dijadikan corak batik.
8)Masukkan semula alat pemotong ke dlm biskut.
Sejukkan dlm fridge selama 10 minit atau sehingga coklat telah keras dgn cutter
sekali .
| Acuan Shortbread (saiz 12'x12') Sumber : Goggle |
![]() |
| Marble Shordbread Sumber ; Goggle |
Subscribe to:
Posts (Atom)
















