Cik Biba Biru-ku dah berapa bulan dah ada masalah hon. Ni gara-gara Incik BB la..ter'accident' kan Cik Biba Biru-ku.. Nak bawa p kedai, dia kata nak repair sendiri. Hon kereta ni dicipta bukan sahaja-sahaja jer untuk sound pemandu-pemandu yang tak tau etika dan protokol di jalan raya jer tau. Tapi ada fungsi lain, tapi mostly hon dibunyikan atas tanda tidak puas hati la pada driver lain.
Ok berbalik pada citer hon Cik Biba Biru-ku, sejak tak boleh guna hon ni, ada jer setiap hari pemandu tidak beretika & protokol ni menaikkan darah aku. Contohnya semalam.. on the way balik dari rumah mak, sampai kat satu simpang ada kereta tu berhenti. Nak masuk simpang ke kanan la coz signal menunjukkan ke arah kanan. So aku lak siap-siap bagi signal ke kiri coz nak bagi respone pada driver kat belakang yang kereta di hadapan tu nak membelok ke kanan. So that part..settle.. So bila dia, membelok..aku pun nak jalan la terus..tetiba dia boleh berhenti..sebab takut nak membelok coz ada kereta dari laluan utama. Mau tak terkejuz boboi... Nasib la sempat brek, kalau tak dah tercium dah Cik Biba Biru-ku dengan Cik Honda City di depan ku.. So ceritanya di sini, kalau ada hon..dah lama dah aku hon panjang-panjang & lama-lama kat Cik Honda City tu.. Coz dia membahayakan nyawa & kereta orang lain. Yang bertambah cuak, kat belakang aku ada Encik Satria yang agak mengerunkan. Kalau terhentam..bukan ker jadi Cinta 3 Bersegi yang boleh men'hot'kan malam yang sejuk..
Disebabkan tak ada hon..aku hanya boleh beristifar panjang jela... Tapi sempat mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana aku selamat & begitu juga dengan Cik Biba Biru-ku. So conclusionnya..this weekend Incik BB akan tukar hon baru untuk Cik Biba Biru-ku itu. Yeah.... Lepas ni leh la menggunakan kemudahan yang ada dengan sebaik mungkin... Lepas ni siaplah sape-sape yang pelik di jalan raya... (Agaknyer sebab ni la Incik BB tak nak repair hon coz xnak bagi aku cari pasal ngn orang lain kot....)
Kat bawah ni ada beberapa fungsi hon yang sering digunakan secara umum.. So faham-fahamlah kalau anda kena hon tu yer...
1 x HON PENDEK – pemandu tu nak cakap “HAI”
2 x HON PENDEK – pemandu tu nak cakap “TERIMA KASIH” atau “JUMPA LAGI”
3 x HON PENDEK – pemandu tu suruh kenderaan depan tu cepat sikit (biasanya kat traffic light time dah hijau tak reti-reti nak jalan)
1 x HON PANJANG – pemandu tu beri amaran kereta lain bahawa diorang memandu secara merbahaya dan hampir menyebabkan kemalangan
2 x HON PANJANG – pemandu tu marah “HOI!!!… BODOH XDER OTAK KE”
~ ~ ~ Ala-ala tentang hon pun nak buat entry kan.. Just as additional info k...~ ~ ~
![]() |
| Sila Gunakan Hon Sebaik Mungkin |
![]() |
| Wif Cik Biba Biru Lokasi : Ladang Teh Boh, Cameron Highlands |


No comments:
Post a Comment