Bunga Berguguran

Thursday, June 27, 2013

Pakej Komunikasi Belia

Pakej Komunikasi Belia adalah salah satu projek kerajaan Malaysia melalui SKMM di bawah bajet 2013 dan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI) untuk mempertingkatkan taraf hidup rakyat terutamanya golongan belia. Kerajaan menyasarkan golongan belia ini sebagai golongan yang mampu memberi impak yang besar dalam memacu pertumbuhan ekonomi terutamanya dalam bidang e-perdagangan (e-commerce).

Pakej ini dilaksanakan pada 1 Januari 2013 dan dijangka dapat memanfaatkan 1.5 juta belia di Malaysia. Program ini menawarkan rebat sebanyak RM 200 untuk pembelian telefon pintar 3G melibatkan peruntukan sebanyak RM 300 juta.

Syarat kelayakan adalah:
Warganegara berumur di antara 21-30 tahun pada tarikh pendaftaran
Berpendapatan kasar bulanan RM 3000 dan ke bawah
Sekiranya belum melanggan mana-mana pakej jalur lebar daripada penyedia perkhidmatan, dikehendaki melanggan pakej jalurlebar yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang terlibat. (Sumber: Laman Web Rasmi SKMM)

So berdasarkan statement di atas tu, aku ni dikategorikan layak la.. Actually..orang lain dah lama dah sibuk dengan menda nih..tapi aku je baru sibuk-sibuk nak guna pakej belia nih. So malam tadi dah berjaya daftar dah... Hehehe..suka sangat-sangat...
Ni rupernyer Permohonan yang berjaya
Bila dah daftar sibuk la view handphone mana la yang boleh dibeli guna pakej nih.. Actually ada sedikit perubahan dengan peranti yang boleh dibeli dengan pakej nih.. senang citer..time awal tahun hari tu macam banyak gak lah handphone yang best-best contoh Nokia Lumia 610 tapi sekarang dah tak ada. Ni kat bawah ada listing handphone yang berkaitan... 
Listing Handphone Pakej Komunikasi Belia
Kat bawah ni pulak..listing Pemberi Perkhidmatan dan Handphone yang ditawarkan. 
Hotlink
Tune Talks
U Mobile
Yes-YTL
Celcom
Digi

       
Dalam banyak-banyak pilihanku semestinya Nokia la... Jadilah kan..daripada tak ada... (^_____^)y


No comments:

Post a Comment