Bunga Berguguran

Thursday, September 5, 2013

Pretty Boy

Hari ni tukar lagi lagu blog selepas semalam seharian tak update blog. Actually..semalam menyetelkan kerja-kerja urgent lagi menyesakkan kepala. Yela....selagi tak settle selagi itulah stress dan sakit kepala. So tersangat tidak suka. Hari ni update lagu blog jela....bukan tak ada cerita tetapi tak ada masa sangat nak update. Kalau cerita banyak sangat nak story mory kat sini.. Jangan kata citer semalam dan hari ni. Citer 2 3 bulan yang lepas pun ada. Just tak berkesempatan jer. Tu tak termasuk perancangan masa depan lagi. Tengok la weekend nih macam mana? Hope diberi kesempatan masa untuk membebel di blog nih.. Serius cakap blog memang terapi stress selain daripada baca Al-Quran. Dunia-dunia gak..akhirat jangan luper yer... So jom layan lagu 'Pretty Boy' from M2M. Lagu ni glamer time skola menengah dulu. Lagu budak-budak yang tersangat kiut... (^________^)y

"Pretty Boy"

I lie awake at night
See things in black and white
I've only got you inside my mind
You know you have made me blind

I lie awake and pray
That you will look my way
I have all this longing in my heart
I knew it right from the start

Oh my pretty pretty boy I love you
Like I never ever loved no one before you
Pretty pretty boy of mine
Just tell me you love me too
Oh my pretty pretty boy
I need you
Oh my pretty pretty boy I do
Let me inside
Make me stay right beside you

I used to write your name
And put it in a frame
And sometimes I think I hear you call
Right from my bedroom wall

You stay a little while
And touch me with your smile
And what can I say to make you mine
To reach out for you in time

Oh my pretty pretty boy I love you
Like I never ever loved no one before you
Pretty pretty boy of mine
Just tell me you love me too
Oh my pretty pretty boy
I need you
Oh my pretty pretty boy I do
Let me inside
Make me stay right beside you

Oh pretty boy
Say you love me too

Oh my pretty pretty boy I love you
Like I never ever loved no one before you
Pretty pretty boy of mine
Just tell me you love me too
Oh my pretty pretty boy
I need you
Oh my pretty pretty boy I do
Let me inside
Make me stay right beside you

Wif My BB
Lokasi: Pantai Teluk Batik

Monday, September 2, 2013

Sofea Jane

Lagu Sofea Jane merupakan antara lagu faveret la. Kalau tak silap single ke-2 Black kot. Tak ingat dah..tapi yang pasti this song ada sentimental value yang tersendiri. Memang sweet lagu nih... (^__________^)y

Sofea Jane by Black
Kau ibarat permata di dalam hiasan kaca
Yang tak bisa disentuh
Namun hanya boleh dipandang
Ingin sekali ku sentuh
Ingin jua ku memiliki

Kau selalu membuat hatiku merasa berat
Dan kau yang selalu ada
Saat semua pergi
Bagaimana mungkin
Untuk kau mengerti

Kini telah ku sedari
Mimpiku tak bererti sendiri

Andai kau tahu
Apa yang ku mahu
Mahukan dirimu ‘tuk mendekatiku
Dan aku tak bisa memaksa dirimu
Walau dalam tidur
Ku kan menantimu hingga akhir nanti

Kau selalu membuat hatiku merasa berat
Dan kau yang selalu ada
Saat semua pergi
Bagaimana mungkin
Untuk kau mengerti

Kini telah ku sedari
Mimpiku tak bererti sendiri

Suka Bunga Sesangat ^_^

Just Naik 20 Jer?????

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi mengumumkan harga minyak RON95 dan diesel naik 20 sen berkuatkuasa tengah malam ini. 

Berdasarkan kenaikan itu, harga bagi RON95 ialah RM2.10 manakala harga diesel ialah RM2. Ini adalah salah satu langkah rasionalisasi subsidi oleh kerajaan, kata beliau dalam sidang akhbar di sini hari ini. 

Pada masa ini kerajaan menanggung subsidi sebanyak 83 sen seliter bagi RON95 dan RM1 seliter bagi diesel, kata Najib yang juga Menteri Kewangan. Jumlah bahan api yang diperuntukkan oleh kerajaan bagi tahun ini ialah RM24.8 bilion.

Pengurangan subsidi sebanyak 20 sen ini bermakna kerajaan masih memberi subsidi sebanyak 63 sen seliter bagi RON95 dan 80 sen seliter untuk diesel.

(Sumber : Berita harian)

RON95 naik???? Secara peribadi ingin saya katakan..ia mampu memberi impak yang tersangat besar even just 20sen je naik.. Just tunggu dan lihat jela.. Terdetik rasa kasihan kepada mereka yang bekerja sendiri seperti kerja-kerja kampung dan mempunyai family yang besar. Bagi mereka yang makan gaji pun tetap akan merasa impaknya. Petrol naik 20sen...semestinya dan pastinya harga barang-barang lain pun akan turut sama akan meningkat naik. Kalau kini kita membeli pisang goreng yang mana sebiji pisang dipotong 3 dijual dengan harga RM1 untuk 5butir. Goreng ubi pulak tak tahu potong berapa bahagian tah coz bila makan just rasa tepung jer. Itu baru sekadar benda-benda makanan yang tersangat simple. Belum perkara-perkara lain yang meliputi pendidikan malahan perubatan yang pastinya akan meningkat kosnya. 

Bagi saya sendiri la. Setiap hari saya berulang alik dari Ipoh dan Kampar melalui Lebuhraya Utara Selatan. Bagi mereka yang mengetahui berapa jarak yang saya perlu lalui dan berapa tol yang saya perlu bayar setiap pastinya dapat membuat kiraan berapa sebulan yang saya perlu habiskan hanya untuk pergi balik ke tempat kerja sahaja. Itu belum dikira dengan maintenance kenderaan dan kos yang perlu dibayar sekiranya saya terlibat dengan kemalangan semasa perjalanan. Mana mungkin saya tidak terasa peningkatan harga even just 20sen sahaja dengan kadar gaji yang rendah. Even kakitangan kerajaan lain diberi kenaikan tangga gaji dan pergerakan gaji tahunan tetapi gaji kami yang berstatus kontrak ini masih di takuk lama. 

Tu saya.....seorang wanita yang bersuami dan belum mempunyai cahaya mata. Just hidup berdua sahaja. Sentiasa mencuba untuk berjimat cermat dan saving segala bagai untuk kegunaan time kritikal. Perjalanan untuk memulakan kehidupan baru memang terasa sangat mencabar. Bagaimana pulak yer rasa dan perasaan mereka yang mempunyai kelurga yang besar dan ramai anak bersekolah...? Macam-macam perkara yang perlu difikirkan oleh si Ayah untuk membesarkan, menyekolahkan serta menguruskan keperluan anak-anak. 

Ntah la malas nak membebel panjang-panjang. Rasanya pada malam ni bukan saya seorang jer yang mengeluh begini malahan hampir seluruh rakyat Malaysia pun begitu. Tetapi bagi yang tidak mengeluh...tahniah kerana anda memang seorang yang redha dan tabah menghadapi ujian dan krisis begini. Kepada sesiapa yang teringin nak berebut-rebut mengisi petrol pada malam ini bolehlah ke station petrol berhampiran malam nih. 

Bagi saya baik duduk diam-diam di rumah dan tidur jela.. Hati ni tak lega pun even membebel macam nih.. Ni baru pendek je bebelanku.. Untung la pertol naik.. Just 20 sen jer pun....  Ini belum kisah PTPTN lagi. Lagi merungsingkan. Tu kita wat entry lain lak k.....khas buat graduan universiti yang belum mampu membayar PTPTN secara berjadual sepertimana yang ditetapkan. 

Doa Pembuka 12 Pintu

Doa ni saya perolehi semasa join program motivasi oleh Dr. Fadhilah Kamsah pada tahun 2010. Dah lama dah. Doa ni saya letak tepi almari solek. So setiap kali tengok cermin untuk berhias mesti akan baca Doa Tengok Cermin dan Doa Pembuka 12 Pintu. So kat bawah ni ada doanya. Harap-harap menjadi amalan bersama-sama. Kat bawah doa tu juga ada Doa Memohon Disembuhkan Penyakit.

Doa Pembuka 12 Pintu

Nampak old school kan doa nih..
Coz dah lama dah tampal pada tepi cermin almari solek..
~~~ Selamat Beramal ~~~

Friday, August 30, 2013

Standing In The Eyes Of The World

'Standing In The Eyes Of The World' oleh Ella lagu baru untuk blog ni. Lagu ni dipilih sempena Kemerdekaan Malaysia yang Ke-56. Tema Kemerdekaan tahun 2013 adalah ‘Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku'. Jadi marilah kita bersama-sama menghargai kemerdekaan yang kita perolehi dan bersyukur dengan keamanan dan kemakmuran yang dikecapi selama 56 tahun ini. Kita hanya ada sebuah negara......iaitu Malaysia. Sayangi dan berbaktilah kepadanya. Serta pertahankan keamanan yang dimiliki kini untuk diwariskan kepada generasi akan datang. Selamat Hari Merdeka semua. (^_________^)y

'Standing In The Eyes Of The World'

Pahit getir hidup dan pengorbanan
Terpaksa dihadapi, demi kejayaan
Terdidik sejak mula, tabah berusaha
Tanpa cuba melangkah, tak kemana
Di mana kau berada
Pencapaian tak tiba dengan mudah

Kini “Standing In The Eyes Of The World”
Hanyalah selangkah dari nyata
Keazaman membara dijiwa
Menanti saat bebas merdeka
Tiba masa kau melangkah gagah
Bersemangat ke arah matlamat sedaya upaya
Engkau terunggul
Wajar “Standing In The Eyes Of The World”

Harapan yang pernah terkulai layu
Kembali segar mekar bawah bayanganmu
Setiap manusia ingin berjaya
Namun tak semua miliki tuah
Engkau menghampirinya
Kesempatan telah pun tiba

Kini “Standing In The Eyes Of The World”
Hanyalah selangkah dari nyata
Keazaman membara dijiwa
Menanti saat bebas merdeka
Tiba masa kau melangkah gagah
Bersemangat ke arah matlamat sedaya upaya
Engkau terunggul
Wajar “Standing In The Eyes Of The World”


Hujung Minggu yang Sempurna

Ni citer tentang weekend yang lepas. Citer hari ahad sebab hari sabtu kalau ada citer pun citer sedey jela.. Coz seharian terbaring akibat cherry berry yang teruk. Tak tau la apa yang silap makanannya time jamuan raya jumaat tu. So sabtu hari rehat la konon....ada membe datang beraya dan bincang tentang hantaran pun tak berapa larat nak layan. Almaklum la orang tak sihat... 

So berbalik semula ke hari ahad... Bangun pagi-pagi selepas solat Subuh terus ke dapur prepare breakfast untuk Incik BB. Keadaan in jarang berlaku pada dariku....kebiasaannya breakfast Incik BB yang masak sementara aku buat kerja-kerja rumah yang lain. Tapi hari ni bangun dengan penuh semangat mungkin semalam dah seharian terbaring.....tu yang hari ni timbul semangat tu.. Menu breakfast hari tu..just maggie goreng jer. Di samping itu, panaskan makaroni goreng dan ayam goreng yang dimasak petang semalam. So pagi tu ada 3menu la.. Minum just teh 0 sahaja la. Simple jer menu breakfast kami. 

Makaroni Goreng & Maggie Goreng
Selepas sarapan dan mengemas rumah...kami pun start la berjalan ke Mydin Meru Raya dan Tesco Extra Bercham untuk membeli barang rumah. Time shopping tu la dapat idea tetiba nak masak-masak dan buat open house. So time beli barang sambil tu sms dan call mak serta adik-adikku. So sebelum balik ke rumah untuk masak-masak...... kita makan la dulu. Menu kami untuk tengahari adalah nasi kerabu. Emmm....memang sedap. Feveret sangat nasik kaler biru tu...

Model Nasi Kerabu....
Kedua-dua excited nak makan ^_^
So bila balik jer..bermulalah kerja-kerja memasak. Kami punya menu untuk open house pada petang itu adalah 'Tom Yam Steamboat'.. Antara bahan-bahan yang disediakan untuk steamboat kali ini adalah seperti aneka bebola, udang, sotong, kerang, ayam serta sayuran seperti lobak, bayam dan sederi. Tom yam tu lak partner dengan bihun supaya mengenyangkan. Minum air oren jela...

Kering periuk...tinggal kerang jer.. ^_^

Licin kan....????
Lalalala...tersangat meletop sampai tak sempat nak tangkap gambo sebelum aktiviti makan-makan coz tetamu tetiba datang serentak pukul 6.00 petang. So semua dah berderu menyerbu meja makan. Selain family ada gak membe ofis lama datang. Thanks semua yang datang dan menghabiskan semua hidangan yang dijamu. Seronok sangat rasanya. Next time datang lagi yer..

So after semua balik, kami suami isteri habiskan balance yang tinggal. Cuci dan kemas apa yang patut. Rasa-rasanya time tengok citer korea kat TV9 diriku ini telah lena diulit mimpi yang sempurna sebabnya terlalu seronok ++ penat dengan hari yang dilalui. Betul kata-kata Ustaz Hasrizal di dalam bukunya ' Aku Terima Nikahnya' mengenai nikmat memberi. Kita akan rasa seronok dan tenang jer.. Hal ini kerana, tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima. So next time leh masak-masak lagi & jemput orang datang makan... (^______________^)y

Petua Untuk Isteri Sentiasa Cantik

1. Selepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah 1 kali, Ayatul Qursi 1 kali, dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.

2. Tiup ke dalam air dan minum.

3. Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga. 

Makna Surah Al-Waqiah ayat 35-38:

(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,

56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),

(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,

(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.

~~~~ Khabarkan kepada kaum ibu dan isteri-isteri semoga ada manfaatnya. ~~~

~~~ Jom kita sama-sama mencuba yer.... ~~~

Saje Interframe Diri Sendiri ^_^