PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi mengumumkan harga minyak RON95 dan diesel naik 20 sen berkuatkuasa tengah malam ini.
Berdasarkan kenaikan itu, harga bagi RON95 ialah RM2.10 manakala harga diesel ialah RM2. Ini adalah salah satu langkah rasionalisasi subsidi oleh kerajaan, kata beliau dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Pada masa ini kerajaan menanggung subsidi sebanyak 83 sen seliter bagi RON95 dan RM1 seliter bagi diesel, kata Najib yang juga Menteri Kewangan. Jumlah bahan api yang diperuntukkan oleh kerajaan bagi tahun ini ialah RM24.8 bilion.
Pengurangan subsidi sebanyak 20 sen ini bermakna kerajaan masih memberi subsidi sebanyak 63 sen seliter bagi RON95 dan 80 sen seliter untuk diesel.
(Sumber : Berita harian)
RON95 naik???? Secara peribadi ingin saya katakan..ia mampu memberi impak yang tersangat besar even just 20sen je naik.. Just tunggu dan lihat jela.. Terdetik rasa kasihan kepada mereka yang bekerja sendiri seperti kerja-kerja kampung dan mempunyai family yang besar. Bagi mereka yang makan gaji pun tetap akan merasa impaknya. Petrol naik 20sen...semestinya dan pastinya harga barang-barang lain pun akan turut sama akan meningkat naik. Kalau kini kita membeli pisang goreng yang mana sebiji pisang dipotong 3 dijual dengan harga RM1 untuk 5butir. Goreng ubi pulak tak tahu potong berapa bahagian tah coz bila makan just rasa tepung jer. Itu baru sekadar benda-benda makanan yang tersangat simple. Belum perkara-perkara lain yang meliputi pendidikan malahan perubatan yang pastinya akan meningkat kosnya.
Bagi saya sendiri la. Setiap hari saya berulang alik dari Ipoh dan Kampar melalui Lebuhraya Utara Selatan. Bagi mereka yang mengetahui berapa jarak yang saya perlu lalui dan berapa tol yang saya perlu bayar setiap pastinya dapat membuat kiraan berapa sebulan yang saya perlu habiskan hanya untuk pergi balik ke tempat kerja sahaja. Itu belum dikira dengan maintenance kenderaan dan kos yang perlu dibayar sekiranya saya terlibat dengan kemalangan semasa perjalanan. Mana mungkin saya tidak terasa peningkatan harga even just 20sen sahaja dengan kadar gaji yang rendah. Even kakitangan kerajaan lain diberi kenaikan tangga gaji dan pergerakan gaji tahunan tetapi gaji kami yang berstatus kontrak ini masih di takuk lama.
Tu saya.....seorang wanita yang bersuami dan belum mempunyai cahaya mata. Just hidup berdua sahaja. Sentiasa mencuba untuk berjimat cermat dan saving segala bagai untuk kegunaan time kritikal. Perjalanan untuk memulakan kehidupan baru memang terasa sangat mencabar. Bagaimana pulak yer rasa dan perasaan mereka yang mempunyai kelurga yang besar dan ramai anak bersekolah...? Macam-macam perkara yang perlu difikirkan oleh si Ayah untuk membesarkan, menyekolahkan serta menguruskan keperluan anak-anak.
Ntah la malas nak membebel panjang-panjang. Rasanya pada malam ni bukan saya seorang jer yang mengeluh begini malahan hampir seluruh rakyat Malaysia pun begitu. Tetapi bagi yang tidak mengeluh...tahniah kerana anda memang seorang yang redha dan tabah menghadapi ujian dan krisis begini. Kepada sesiapa yang teringin nak berebut-rebut mengisi petrol pada malam ini bolehlah ke station petrol berhampiran malam nih.
Bagi saya baik duduk diam-diam di rumah dan tidur jela.. Hati ni tak lega pun even membebel macam nih.. Ni baru pendek je bebelanku.. Untung la pertol naik.. Just 20 sen jer pun.... Ini belum kisah PTPTN lagi. Lagi merungsingkan. Tu kita wat entry lain lak k.....khas buat graduan universiti yang belum mampu membayar PTPTN secara berjadual sepertimana yang ditetapkan.

No comments:
Post a Comment