Bunga Berguguran

Friday, January 24, 2014

Restaurant Syabu - Syabu Steamboat

Al-kisahnya kami semua satu family gathering kat sini pada 25 Disember 2013 yang lepas. Ni kiranya flash back la.. Nak update time tu tersangat sibuk.. So di kala..lapang sikit ni share la yer... Gathering ni dibuat sempena Anniversary Mak & Ayah yang ke-30 tahun. Alhamdulillah pada usia perkahwinan sebegini mereka berada pada tahap stabil dari segala aspek. Semoga mereka terus bahagia hingga ke Jannah. Doa kami setiap hari titipkan buat mereka semoga diampunkan segala dosa mereka yang terdahulu, kini dan yang akan datang. Serta memohon Allah membalas setiap pengorbanan yang dilakukan dalam membesarkan kami 6 beradik. We love much both of you... 

So kat bawah ni adalah ckit gambar kami sekeluarga. Makan kat sini dengan membawa adik beradik lelaki yang ramai memang berbaloi. Dorang makan bersungguh-sungguh dan dengan dahsyat sekali... Sekali tengok dah macam mesin penghancur makanan daaa....Yang mula-mula surrender of coz la mak dan ayah. Tak lalu deme makan makanan celur-celur ni banyak-banyak. Kami??? Usah ditanya. 

Restaurant ni merupakan restaurant steamboat yang terletak bersebelahan Impiana Hotel, Ipoh. Konsep restaurant ni adalah buffet. Seorang pelanggan hanya perlu bayar RM31 sahaja. So boleh makan puas-puas. Terdapat aneka makanan yang dihidangkan di sana, selain daripada bahan-bahan steamboat seperti nasi goreng, bihun, satay, ais krim, daging bakar, pencuci mulut dan buah-buahan. Makanan laut yang dihidangkan pun segar-segar belaka. Ni duk menaip tentang makanan di sana tetiba terliur la pulak.. Emmmm....jangan meleleh air liur teringin sudah yer... Jadi untuk malam tu kami spend around RM372.00. Tapi terus terang cakap memang berbaloi sebabnya adik-adik dan suami ku memang terer bab makan nih... 

K dah penat citer. Jom kita tengok gambar lak yer... Actually gambar makanan tu idak la ada pun... Just gambar kami sefamily jela yang ada.. So jom kenali family Cik Na Na... Sebuah family yang semakin berkembang, berkembang dan berkembang.. Alhamdulillah rezeki Allah. (^___________^)y

Sesi makan-makan bermula. Ni meja No.1
Ada adik No.2 dan wife serta adik bongsu Cik Na Na ^_^

Masih meja No.1 lagi.
Adik No.4, mak dan ayah... ^_^

Ni Meja No.2.
Adik No.3 dan Wife, Adik No.5 & My Incik Bb la... ^_^

Mak & Ayah

As usual me & Incik Bb

Adik No.2 (Yen) with Wife (Ida)

Adik No.3 (Amir) with Wife (Ira)

Ni geng bujang
Adik Bongsu (Nie), Adik No.4 (Eppy) & Adik No.5 (Dik)
Gambar satu family..
Tapi kualiti gambar kureng memuaskan...
Tapi jadilah yer daripada tak ada... ^_^

Adik-adikku. Dorang berdua ni memang kamcing... 

Weeee...nak gak posing tepi pokok krismas nih...

Ni lagi sorang kaki posing..
Just kami 2 beradik jer yang suka interframe lagu nih pun..
Next time cari tempat yang lagi best untuk gathering adik beradik. Dulu kami tinggal serumah. Tapi selepas kami berkahwin kami dah duduk rumah berasingan. Tu jarang jumpa tu. Bila sekali sekala jumpa pasti riuh dan kecoh. Banyak cerita dan gossip yang kuar. Memang best adik beradik ramai nih.. Sentiasa ada cerita dan pastinya riuh... Mak ayah tengok kami hanya tersenyum sahaja. Dan pastinya di dalam hati mereka memanjatkan rasa syukur kerana kami ini anak mereka.... Love all of them much... 

No comments:

Post a Comment