Bunga Berguguran

Sunday, July 21, 2013

Persedian Hamil - 17 Tip Pemakanan Buat Suami Isteri

Amalan pemakanan sebelum hamil amat penting untuk dititikberatkan. Tidak kira sama ada si isteri atau si suami. Intan Jastina Jamaluddin dari Majalah Pa&Ma Keluaran Januari 2013 menampilkan maklumat asas untuk mencerahkan peluang untuk hamil kepada pasangan suami isteri. 

Pemakanan yang sihat bakal membantu anda menjalani fasa kehamilan yang sihat. Sebelum itu, amat penting untuk anda dan suami memastikan pemakanan yang diambil saban hari adalah sihat. Hal ini kerana kesuburan sering dikaitkan dengan amalan pemakanan sihat. 

1. Perbaiki Gaya Makan
Anda dan suami perlu memperbaiki diet dengan merancang pemakanan. Seelok-eloknya, makanan itu kurang lemak tetapi banyak serat. Amalkan setiap hari memakan beberapa hidangan sayur-sayuran , buah-buahan, bijiran dan makanan ynag kaya dengan kalsium seperti susu, yogurt dan keju. 

Ketahui kekurangan sumber nutrien dalam tubuh boleh mempengaruhi kitaran haid yang mengakibatkan anda sukar meramal hari subur. Dalam pada itu, sesetengah vitamin dan mineral seperti Vitamin C dan E, zink dan asid folik penting untuk membentuk sperma yang sihat dan berkualiti.

2. Ambil Supplement Tambahan
Biarpun beranggapan diri telah mendapat zat pemakanan mencukupi menerusi diet yang seimbang, anda tetap disarankan untuk mengambil vitamin tambahan. Dengan cara ini, ia dapat memastikan anda mendapat asid folik dan nutrien lain yang boleh meningkatkan peluang kehamilan. 

3. Makan Asid Folik
Nutrien ini terbukti dapat mengurangkan risiko kecatatan saraf seperti spina bifida. Ia juga dikatakan daapt mengurangkan risiko penyakit jantung, kanser dan kencing manis.

Kajian menunjukkan selain penting dalam tiga bulan pertama kehamilan, asid folik juga memainkan peranan dalam meningkatkan peluang kehamilan. Anda disarankan untuk mengambil asid folik sekurang-kurangnya 4mg sehari, sebulan sebelum merancang kehamilan. 

Asid Folik merupakan vitamin larut air. Jadi, tubuh anda akan membuang asid folik yang diambil secara berlebihan. Jika memasak sayur-sayuran yang kaya dengan folat, anda perlu menggunakan hanya sedikit air bagi mengelakkan pembaziran asid folik terlarut dalam air. 

4. Dapatkan Berat Badan Ideal
Mengurangkan sedikit berat badan bagi yang bersaiz besar atau menambahkan sedikit berat badan jika anda terlalu kurus sangat penting. Ia perlu dilakukan agar kandungan anda nanti tidak bermasalah. Golongan yang terlalu gemuk bakal menghadapi komplikasi kehamilan. Manakala bagi yang terlalu kurus, pula dikhuatiri akan melahirkan bayi tidak cukup berat badan atau kelahiran pramatang. 

Bagi yang bersaiz besar, mulakan rutin senaman secara teratur dan cuba kurangkan berat badan setengah kilogram dalam tempoh seminggu. Ingatlah, pengurangan berat badan secara drastik boleh mengakibatkan ovulasi tidak berlaku. 

5. Hindari Tabiat Buruk
Tinggalkan tabiat meminum alkohol, pengambilan dadah dan ubat-ubatan melainkan dengan naishat doktor. Kurangkan juga pengambilan minuman yang mengandungi kafein. Jauhi daripada rokok atau golongan perokok kerana ia bakal memberi kesan jangka panjang terhadap kandungan anda kelak.



PEMAKANAN ISTERI
Kekurangan zat dan vitamin boleh menganggu kitaran haid dan menyukarkan proses pengiraan hari subur. Jadi, ambil perhatian jenis makanan yang patut anda amalkan. 

1. Asid Folik
Ia boleh diperolehi daipada sayur-sayuran berdaun hijau, buah-buhan sitrus, kekacang, bijirin, beras perang, ayma, telur, susu, keju, daging kambing, daging lembu, ikan salmon, ikan tuna, hati lembu dan hati ayam.

2. Zat Besi dan Protein
Sayur bayam sangat kaya dengan zat besi. Manakala untuk protein, anda boleh mengambilnya daripada makanan tenusu, telur dan soya.

3. Makanan Lain
Antara jenis makanan yang dipercayai mampu mengalakkan kesuburan wanita ialah tauge, kacang dal dan kacang botol.


PEMAKANAN SUAMI
Diet suami makanan mengandungi zink
Fungsi zink adalah untuk penghasilan sperma yang sihat. Zink dapat membantu meningkatkan paras testosteron dan jumlah semen lelaki. Jumlah keperluan harian adalah 11mg.

Contoh makanan ynag mengandungi zink ialah strawberi, kekacang, makanan laut, daging merah dan tiram. Selain itu, terdapat juga vitamain-vitamin lain yang mengandungi zink. Antaranya Asid Amino, Vitamin A, Vitamin B6, Vitamin B12, Vitamin C, Vitamin E dan Folate.

Jika suami mengambil suplemen zink, elakkan daripada memakan serentak bersama kalsium atau susu. Ini kerana kalsium boleh mengurangkan penyerapan zink ke dalam tubuh.

Betik
Ia mengandungi Vitamin C. Jadi ia baik untuk meningkatkan sperma. Adalah baik untuk mengamalkan Vitamin C untuk keperluan sperma yang sihat. Asid Folik, kalsium dan Vitamin D baik untuk meningkatkan penghasilan sperma.

Kopi
Ia dipercayai meningkatkan keaktifan sperma. Namun, jangan mengambilnya secara berlebihan.

Secara kesimpulannya...perkara utama yang perlu diambil sekiranya merancang untuk hamil ialah mengelakan daripada menjalani rutin diet yang terlalu keberatan. Berat badan yang tidak ideal akan menganggu proses penghasilan telur.  Secara tidak langsung, menjejaskan peluang untuk hamil.


Saturday, July 20, 2013

Sayur Grill

Sayur Grill
Usually sayur kita goreng biasa jer. Tapi biasa jer kalau goreng kurang segar ckit so saya guna teknik grill guna 'Pemanggang Ajaib Jenama York'. Hehehe...ni first try guna pemanggang free. Mak sponser coz mak beli air-con free pemanggang... Dapat dua lak tu.. So anak perempuannya..dapat la satu pemanggang. Hehehe..suka-suka. Apa yang lebih dengan pemanggang jenama York ni..pemanggang dia boleh dibuka. So boleh la dijadikan tempat grill macam gambar di atas nih. 

Bahan-bahan :
Brokoli
Kubis Bunga
Kentang (Rebus terlebih dahulu sebelum grill)
Bawang Besar
Cili Merah
Ayam @ Makanan Laut (Tapi saya guna bebola udang)
Garam
Rosemary 
Sedikit Air (kalau perlu)

Cara Membuatnya :
1. Rebus terlebih dahulu kentang yang telah dikupas kulit. Bagi masak separuh jer yer. 
2. Bila dah masak separuh kentang tu, boleh la potong kepada 6 bahagian. 
3. Sayur-sayur lain pun kena potong juga yer ikut kesesuaian.
4. Masukkan sedikit minyak ke dalam pemanggang selepas itu masukkan kentang, bebola udang, bunga kubis, bawang, cili merah, dan akhir sekali masukkan brokoli.
5. Pastu masukkan Rosemary dan garam. Gaulkan sehingga sebati dan tutup api. 
6. Boleh la hidangkan ikut kreativiti masing-masing. 

                                                             ~~~~ Selamat Mencuba ~~~~

Snowball in Da House

Di bahagian 'About Me'..ada tulis.. "Love much My Hubby, My family, My Showball.............................". Actually Snowball tu kucing yang kami jadikan pet kat rumah. Yela..duduk berdua di rumah memang membosankan tapi bila ada kucing memang meriah lagi huru hara dibuatnya. Ok la kan...sebagai persediaan mendapat cahaya mata, sebagai penguji kesabaran dalam melayan kerenah. Mana tak nyer...habis semua pasu bunga dia tumbangkan... Pastu hiasan gantung-gantung pun tak boleh ada...semua ditariknyer. Belum lagi kes mengekor ke sana ke mari. Even solat pun..kena letak sejadah kat sebelah bagi dia duduk. Cukup mengada-gada. 

Sejak 2 bulan ada di rumah..memang serius cakap rumah ni tak pernah kemas dan bersih seperti sebelum ni. Ada jer dia nak buat..tapi macam dah cakap tadi...sebagai penguji kesabaran sebelum mendapat cahaya mata. Kalau manusia lagi la kuat dugaan dalam membesarkan serta mendidiknya. Kucing ni just suka buat huru hara rumah jer. Tapi soal makan dan buang air tersangat mudah. Just sediakan tempat untuk makan dan membuang air..jadi kat situ jela tumpuannya. Lepas kenyang makan dan main-main.. Tido la dia dengan selena-lenanya. Simple jer. Tapi kalau bawak naik kereta balik kampung...tu menguji kesabaran sedikit. Sepanjang jalan mengamuk. Tu kalau waktu siang la tapi kalau malam elok jer dia tidur. Maybe faktor cuaca dan persekitaran kot. Ntah la. 

Apa yang pasti..kehadiran dia sejak 15 May yang lalu amat menceriakan dan membahagiakan kami. Thanks Ya Allah...walau kami belum ada rezeki untuk memiliki cahaya mata..sekurang-kurangnya ada Snowball aka Boball ni pun dah cukup mengembirakan hati nih. Apa pun yang Engkau tetapkan untuk-ku aku terima seadanya. Kerana Engkau Maha Mengetahui apa yang terbaik buat-ku.  

So kat bawah ni ada gambar aksi Boball berehat... Memang poyo ++ mengada-gada. 







Friday, July 19, 2013

Puding Roti Bersos Kastard

Actually..'Puding Roti' ni dihasilkan pada sabtu (13 Julai) yang lalu. Idea ni itmbul pun..sebab terlihat sebuku roti yang dibeli dan masih belum dibuka. Rasanya kalau nak makan..memang tak la dalam bulan puasa ni. So dapat la idea buat puding tu. Alhamdulillah...rasanya memang tidak mengecewakan. Mak dan adik-adik pun puji sedap.. Hehehe...bangga la jugak...

Puding Roti
(Boleh menghasilkan 3 biji 'Puding Roti' dalam bekas aluminium seperti di atas)

Bahan A :
3 cawan susu segar (Guna Dutch Lady Full Cream)
12 keping roti putih

Bahan B :
6 sudu makan gula halus
4 sudu makan mentega
4 biji telur ayam
1 1/2 sudu teh esen vanila
1 1/2 sudu makan tepung jagung

Bahan C
3 sudu makan kismis
3 sudu makan buahan campuran

Bahan D (Sos Kastard)
1 tin susu cair
2 sudu makan tepung kastard
2 sudu makan gula

Cara Membuat :
1. Koyakkan roti dan rendam dalam susu selama 30minit.
2. Kacau dan gaul rata Bahan B.
3. Masukkan kismis dan buahan campuran dan tuangkan ke dalam loyang.
4. Bakar pada suhu 180'c selama 30 minit ataupun sehingga masak.
5. Gaulkan Bahan D (Sos kastard) dan masakkan di atas api yang sederhana kecil.
6. Tuangkan sos di atas puding semasa menghidang.

                                                       ~~~~ Selamat Mencuba~~~~

Wednesday, July 17, 2013

Macam-macam di minda....

Kalau la boleh dikeluarkan satu per satu perkara dalam kepala ni tentu penuh agaknyer blog ni dengan macam-macam citer sewel & dongeng aku. Yela..dah description blog ni pun.. "Coretan tentang Minat, Cinta dan juga Impian" so of cos la ada banyak nak share. Emmm...tah la.. Masa berputar terlalu pantas.. Dugaan pula tak henti melanda. Di sebalik tu..ada gak sinar kegembiraan dan kebahagiaan. Keserabutan otak dengan tugasan dan tanggungjawab seharian pun boleh tahan gak la.

Agak-agak ni la perasaan dan situasi semua manusia apabila hampir mencecah umur 30-an.. Hehehe...macam la dah dekat sangat umur 30 tahun tu.. Yela..dalam menjalani kehidupan menuju ke suatu peringkat lebih matang dan lebih stabil macam-macam dugaan perlu dihadapi. Harap sangat-sangat diberi kekuatan dan ketabahan. Lagipun..ujian itu sebagai tanda Allah masih sayang pada kita dan kita masih dalam pemerhatian-Nya. Apa yang perlu..perbaiki diri, amalan,  dan sentiasa lakukan yang terbaik untuk semua yang ada dalam hidup ini. Bahagiakan orang lain.. In Sha Allah...kita akan bahagia. 

So ada banyak gak la entry yang terawang-awang di kepala ni since last week..tapi disebabkan kesibukan tugas tak dapet nak share. Termasuk la kes accident aku dengan En. Dog di Highway... Pastu Cik Biba kena tukar bumper baru. Tu belum lagi citer-citer resipi yang pelbagai. Ceh..cara menulis macam chef profesional jer. Sesekali masuk dapur..dapat hasil yang marvelous of cos la nak share. Tu belum lagi tentang perkara-perkara baru yang dapat ku tahu setiap hari.. Iskh3...banyak sungguh la. Emm....tungggu la entry tu nanti yer.. Mau ada 20 citer kot.. Plan-plan tulis yer.. Hope lebih ramai yang follow nanti. Blog ni bukan just share citer dongeng dan citer merapu tapi ada gak fakta tau. In Sha Allah perkongsian ilmu boleh membawa manfaat pada semua. 
Gambar saje-saje..... 

Tuesday, July 16, 2013

Yeah...Dah Berbunga


Last week balik kerja..saje-saje la tengok pokok mempelam depan rumah. Yeah...dah berbunga. Suka tersangat-sangat. Pas tu buat muka bahagia masuk dalam rumah dan gtau Incik BB.. Hehehe.. Alhamdulillah... Pas raya around bulan September dah boleh makan kot. Makan untuk sendiri dan bagi pada kengkawan yang feveret dorang makan mempelam sampai lebam macam aku nih.. Asyik bangat... Before ni mempelam tu aku just gaul gula dan garam letak cabai burung. Itu pun meletopsss...dan permintaan meningkat. Rasanya jual kek dan coklat pun tak sehebat tu rasa penangannyer... So kepada semua peminat 'Mempelam Asam Manis' saya..tunggu bulan September atau Oktober yer.. Comfirm i buat and kasi you olls semua k..
Bunga Mempelam 17 July
(Cepatkan perkembangan bunga pokok nih)
Bunga Mempelam on 13 July
Ni la ' Mempelam Asam Manis'
Mengoda & mengiurkan tak??? 

Suka-suka Ati Kiter

Gambar ni snap pas makan kenduri
Both muka kenyang jer... (^___^)y