Di bahagian 'About Me'..ada tulis.. "Love much My Hubby, My family, My Showball.............................". Actually Snowball tu kucing yang kami jadikan pet kat rumah. Yela..duduk berdua di rumah memang membosankan tapi bila ada kucing memang meriah lagi huru hara dibuatnya. Ok la kan...sebagai persediaan mendapat cahaya mata, sebagai penguji kesabaran dalam melayan kerenah. Mana tak nyer...habis semua pasu bunga dia tumbangkan... Pastu hiasan gantung-gantung pun tak boleh ada...semua ditariknyer. Belum lagi kes mengekor ke sana ke mari. Even solat pun..kena letak sejadah kat sebelah bagi dia duduk. Cukup mengada-gada.
Sejak 2 bulan ada di rumah..memang serius cakap rumah ni tak pernah kemas dan bersih seperti sebelum ni. Ada jer dia nak buat..tapi macam dah cakap tadi...sebagai penguji kesabaran sebelum mendapat cahaya mata. Kalau manusia lagi la kuat dugaan dalam membesarkan serta mendidiknya. Kucing ni just suka buat huru hara rumah jer. Tapi soal makan dan buang air tersangat mudah. Just sediakan tempat untuk makan dan membuang air..jadi kat situ jela tumpuannya. Lepas kenyang makan dan main-main.. Tido la dia dengan selena-lenanya. Simple jer. Tapi kalau bawak naik kereta balik kampung...tu menguji kesabaran sedikit. Sepanjang jalan mengamuk. Tu kalau waktu siang la tapi kalau malam elok jer dia tidur. Maybe faktor cuaca dan persekitaran kot. Ntah la.
Apa yang pasti..kehadiran dia sejak 15 May yang lalu amat menceriakan dan membahagiakan kami. Thanks Ya Allah...walau kami belum ada rezeki untuk memiliki cahaya mata..sekurang-kurangnya ada Snowball aka Boball ni pun dah cukup mengembirakan hati nih. Apa pun yang Engkau tetapkan untuk-ku aku terima seadanya. Kerana Engkau Maha Mengetahui apa yang terbaik buat-ku.
So kat bawah ni ada gambar aksi Boball berehat... Memang poyo ++ mengada-gada.






No comments:
Post a Comment