Amalan pemakanan sebelum hamil amat penting untuk dititikberatkan. Tidak kira sama ada si isteri atau si suami. Intan Jastina Jamaluddin dari Majalah Pa&Ma Keluaran Januari 2013 menampilkan maklumat asas untuk mencerahkan peluang untuk hamil kepada pasangan suami isteri.
Pemakanan yang sihat bakal membantu anda menjalani fasa kehamilan yang sihat. Sebelum itu, amat penting untuk anda dan suami memastikan pemakanan yang diambil saban hari adalah sihat. Hal ini kerana kesuburan sering dikaitkan dengan amalan pemakanan sihat.
1. Perbaiki Gaya Makan
Anda dan suami perlu memperbaiki diet dengan merancang pemakanan. Seelok-eloknya, makanan itu kurang lemak tetapi banyak serat. Amalkan setiap hari memakan beberapa hidangan sayur-sayuran , buah-buahan, bijiran dan makanan ynag kaya dengan kalsium seperti susu, yogurt dan keju.
Ketahui kekurangan sumber nutrien dalam tubuh boleh mempengaruhi kitaran haid yang mengakibatkan anda sukar meramal hari subur. Dalam pada itu, sesetengah vitamin dan mineral seperti Vitamin C dan E, zink dan asid folik penting untuk membentuk sperma yang sihat dan berkualiti.
2. Ambil Supplement Tambahan
Biarpun beranggapan diri telah mendapat zat pemakanan mencukupi menerusi diet yang seimbang, anda tetap disarankan untuk mengambil vitamin tambahan. Dengan cara ini, ia dapat memastikan anda mendapat asid folik dan nutrien lain yang boleh meningkatkan peluang kehamilan.
3. Makan Asid Folik
Nutrien ini terbukti dapat mengurangkan risiko kecatatan saraf seperti spina bifida. Ia juga dikatakan daapt mengurangkan risiko penyakit jantung, kanser dan kencing manis.
Kajian menunjukkan selain penting dalam tiga bulan pertama kehamilan, asid folik juga memainkan peranan dalam meningkatkan peluang kehamilan. Anda disarankan untuk mengambil asid folik sekurang-kurangnya 4mg sehari, sebulan sebelum merancang kehamilan.
Asid Folik merupakan vitamin larut air. Jadi, tubuh anda akan membuang asid folik yang diambil secara berlebihan. Jika memasak sayur-sayuran yang kaya dengan folat, anda perlu menggunakan hanya sedikit air bagi mengelakkan pembaziran asid folik terlarut dalam air.
4. Dapatkan Berat Badan Ideal
Mengurangkan sedikit berat badan bagi yang bersaiz besar atau menambahkan sedikit berat badan jika anda terlalu kurus sangat penting. Ia perlu dilakukan agar kandungan anda nanti tidak bermasalah. Golongan yang terlalu gemuk bakal menghadapi komplikasi kehamilan. Manakala bagi yang terlalu kurus, pula dikhuatiri akan melahirkan bayi tidak cukup berat badan atau kelahiran pramatang.
Bagi yang bersaiz besar, mulakan rutin senaman secara teratur dan cuba kurangkan berat badan setengah kilogram dalam tempoh seminggu. Ingatlah, pengurangan berat badan secara drastik boleh mengakibatkan ovulasi tidak berlaku.
5. Hindari Tabiat Buruk
Tinggalkan tabiat meminum alkohol, pengambilan dadah dan ubat-ubatan melainkan dengan naishat doktor. Kurangkan juga pengambilan minuman yang mengandungi kafein. Jauhi daripada rokok atau golongan perokok kerana ia bakal memberi kesan jangka panjang terhadap kandungan anda kelak.
PEMAKANAN ISTERI
Kekurangan zat dan vitamin boleh menganggu kitaran haid dan menyukarkan proses pengiraan hari subur. Jadi, ambil perhatian jenis makanan yang patut anda amalkan.
1. Asid Folik
Ia boleh diperolehi daipada sayur-sayuran berdaun hijau, buah-buhan sitrus, kekacang, bijirin, beras perang, ayma, telur, susu, keju, daging kambing, daging lembu, ikan salmon, ikan tuna, hati lembu dan hati ayam.
2. Zat Besi dan Protein
Sayur bayam sangat kaya dengan zat besi. Manakala untuk protein, anda boleh mengambilnya daripada makanan tenusu, telur dan soya.
3. Makanan Lain
Antara jenis makanan yang dipercayai mampu mengalakkan kesuburan wanita ialah tauge, kacang dal dan kacang botol.
PEMAKANAN SUAMI
Diet suami makanan mengandungi zink
Fungsi zink adalah untuk penghasilan sperma yang sihat. Zink dapat membantu meningkatkan paras testosteron dan jumlah semen lelaki. Jumlah keperluan harian adalah 11mg.
Contoh makanan ynag mengandungi zink ialah strawberi, kekacang, makanan laut, daging merah dan tiram. Selain itu, terdapat juga vitamain-vitamin lain yang mengandungi zink. Antaranya Asid Amino, Vitamin A, Vitamin B6, Vitamin B12, Vitamin C, Vitamin E dan Folate.
Jika suami mengambil suplemen zink, elakkan daripada memakan serentak bersama kalsium atau susu. Ini kerana kalsium boleh mengurangkan penyerapan zink ke dalam tubuh.
Betik
Ia mengandungi Vitamin C. Jadi ia baik untuk meningkatkan sperma. Adalah baik untuk mengamalkan Vitamin C untuk keperluan sperma yang sihat. Asid Folik, kalsium dan Vitamin D baik untuk meningkatkan penghasilan sperma.
Kopi
Ia dipercayai meningkatkan keaktifan sperma. Namun, jangan mengambilnya secara berlebihan.
Secara kesimpulannya...perkara utama yang perlu diambil sekiranya merancang untuk hamil ialah mengelakan daripada menjalani rutin diet yang terlalu keberatan. Berat badan yang tidak ideal akan menganggu proses penghasilan telur. Secara tidak langsung, menjejaskan peluang untuk hamil.

No comments:
Post a Comment