'Cinta Jannah' telah tamat semalam dengan ending yang tergantung. Ramai gak yang bising-bising coz tak puas hati dengan ending semalam. Sama la dengan aku dan Incik Bb.. Yela..bayangkan ending cerita untuk tempoh 9 tahun disumbat untuk tempoh sejam. Terkebil-kebil mata semua penonton cerita 'Cinta Jannah' tu. Sakit hati tak payah cakap lah. Sampai jadi hotchat kat radio Hotfm pagi tadi lah.. Bukan main lagi penangan cerita ini kan? Macam-macam komen dan pendapat yang diutarakan oleh pendengar serta peminat cerita ini. So setelah goggle punya goggle terjumpa gak cerita sebenar di sebalik ending yang padat lagi sarat dan mengundang rasa tidak puas hati di kalangan penonton setia drama bersiri ini. Jom kita baca apa kata penulis skrip ini. Sumbernya tentulah fesbuk penulis skrip ini https://www.facebook.com/idha.yusoff.
![]() |
| Nellydia Senrose & Airel Zafriel Sumber : Goggle |
Assalamualaikum, semua. Selamat pagi dan salam #CintaJannah. Siapa yang tak puas hati dengan ending #CintaJannah semalam, angkat tangan...hehehe. Ok, saya akan bagi pencerahannya di sini. Memang banyak scenes yang tergantung dan watak-watak hilang macam tu je. Bak kata Aeril Zafrel dalam livechat semalam, jalan cerita yang saya bagi terlalu padat. Mereka terpaksa edit ( tak masuk akal langsung ).
Kita mulakan dengan watak Tini, Razak dan Ustaz Talha. Korang anggap je watak-watak tu dah mati. Sebab watak-watak tu sebenarnya memang tak wujud pun. Bila tak wujud maknanya tak adalah kisah Tini curang dengan Razlan, Tini mati kena bunuh, Tengku Zareena buat hubungan sulit dengan Razak, babak-babak culik anak dalam hutan (kayu kayan), jual beli tanah, dan kenapa Ustaz Talha tak tolong Izaryl cari Jannah, kan? Sufian pula duda anak dua, bukan beristeri dua dan Sufian tu anak ketua kampung. Maknanya Sufian tu, bukan suami Amina dan bukan anak Tengku Zareena, kan?
Watak Hakim dan Zahira pula, adalah sahabat baik Izaryl dan Jannah. Dengan bantuan Hakim dan Zahiralah menemukan Izaryl dan keluarga Jannah. Izaryl menerangkan status sebenar Jannah. Asalnya 4 tahun bukan 9 tahun ( tak logik). Izaryl masih mencari Jannah dan bukan slow macam tu (ini lagi saki hati ). Dalam 4 tahun tu Izaryl selalu pulang ke kampung menjenguk keluarga Jannah dan menanti kepulangan Jannahnya.
Balqis dan Razlan pula sudah insaf kerana dengan bantuan Izaryl lah mereka dapat menjalankan pembedahan anak mereka yang sakit ( tak tulis dalam sinopsis asal). Damia pula memang tak jadi kawin dengan Izaryl, maknanya tak adalah isu Damia tinggal serumah dengan Izaryl kan? ( haram weiii ). Damia di halau keluarganya selepas pengsan pada majlis pernikahannya dengan Izaryl. Masa tu baru terkantoi Damia mengandung. Tengku Zareena pula insaf sebab malu orang sekeliling mengatanya dan melihat keadaan tidak terurus Izaryl kerana terlalu rindukan Jannah. Damia menyesal di sisihkan keluarga dan tinggal di rumah Tengku Zareena bukan rumah Izaryl.
Jannah pula baru dapat tahu dia mengandung semasa di kampung. Selepas dihalau, Jannah pulang ke rumah Izaryl tapi kecewa sebab malam dia pulang tu adalah malam Izaryl dan Damia berkahwin. Jannah kecewa dan membawa diri. Waktu itulah Bonda terlanggar Jannah ( lain kali nak lintas jalan tu pandang lah kiri kanan Jannah oii ). Sebab tak ada tempat nak di tuju, Jannah tinggal dengan Bonda dan melahirkan anak. Izaryl pulak.. adooii ini lagi satu... tak payah nak jadi pak sanggup sangat lah. Izaryl terima Damia pun sebab kecewa kerana Jannah tinggalkannya tanpa pesan. Tengku Zareena pula terlalu mendesak. Izaryl terpaksa terima sebab waktu tu Izaryl tak tahu lagi Damia sedang mengandung. Sebab terkantoi pengsan tu, majlis nikah batal.
Selepas Izaryl berjumpa dan bersatu dengan Jannah, Izaryl membuat majlis kesyukuran dan memberi kejutan kepada Jannah dengan menjemput keluarga Jannah, Sufian, staff Izaryl, Opah dan Atuk, Hakim dan Zahira, Tengku Zareena dan Damia. Maka berlakulah adegan air mata berjemaah.. hehehe... Segalanya terungkai dalam pertemuan jejak kasih itu. Setahun berlalu, Izaryl dan Jannah mendapat baby lelaki yang comel macam papanya. Ketika baby lelaki mereka berumur 6 bulan, Jannah mengandung lagi. Jannah marah-marah tapi marah-marah sayang je... hehehe... Izaryl pulak tentulah tersenyum bahagia kan? Tulah siapa suruh Jannah tinggakanl Izaryl lama-lama.. hehehe ( tak tulis dalam sinopsis asal. Kan happy ending tu. -TAMAT-
p/s : Scenes di atas bermula selepas Jannah tinggalkan Izaryl. Episod-episod sebelum tu terbaik je. Jangan mintak #CintaJannah 2 atau sambungannya sebab saya tak tahu.. (Norul Hidayu Mohd Yusof - Penulis Skrip Cinta Jannah)
![]() |
| 'Cinta Jannah' Intro & klimaks menarik ^_^ Ending kureng ckit la... |
Secara peribadi..skrip di atas lagi much more better. Emmm...pe-pe pun cerita yang ditontonkan di TV pun not bad gak just ending jer quite spoil... Hari ni ada cerita baru kat tv 'Mr. Arragont'. Mengharapkan ending yang menarik dan tidak menyakitkan hati. (^_________^)y


No comments:
Post a Comment