Bunga Berguguran

Monday, October 7, 2013

Markas Kotak Hari Ini Malam Ini (MKHIMI).....Boball

Rasanya macam dah lama tak berblogging nih.. Huhuhu... Padahal baru semalam jer senyap dari aktiviti taip menaip ni pun.. Bukan tak ada idea tapi sibuk dengan kerja-kerja rumah, membaking kek dan update fesbuk 'Ungu Lavender House'. Yela sempena promosi hantaran untuk musim cuti sekolah November dan Disember ini. Haa..nanti kita update iklan tu yer.... (^______________^)y. 

Di samping itu, turut menjaga my Incik Bb yang migrain teruk sampai tak leh bangun dan muntah-muntah lagi tu.. Risau sangat dibuatnyer... Hari ni pun cuti lagi coz pagi tadi masih sakit dan tak leh bangun tapi Alhamdulillah dah beransur ke petang dah semakin ok.....dari muka pucat lesu semalam dan pada hari ni dah kembali merah-merah balik... 

Ok berbalik kepada tajuk entry. Entry ni mengenai Boball la sape lagi yer? Mangsa keadaan...!!! Ni gambar dia malam tadi time orang sibuk mengemas rumah. Actually bukan mengemas apa, just buat semakan stok terhadap barangan kek dan kraf, so bila tau stok mana yang ada dan tak ada...senang nak bajet beli barang yang tak cukup lagi jer pun... Di samping itu, memudahkan capaian barang-baranglah kalau semuanya tersusun dan di '5S' lagi tu.... Berguna jugak la program 5S yang diamalkan di ofis tu. Boleh jugaklah dipraktikkan di kedai kecil di rumahku ini. Cuma tagging jer belum siap.. Nanti dah siap leh update entry '5S Di Kedai Kecil Di Rumahku Ini'... Ishk...nama memang meletopss..dan nampak sangat rendah diri ada di situ. 

Ok jom tengok gambar budak ni yer.. Tersangat menyibuk dan yang paling penting dah pandai posing dah.. Tengok bukan orang jer pandai tau bab bergambar nih.. Kucing pun pandai dah.. Kalau tak percaya selalu-selalu lah buat pada kucing kat rumah sendiri..kalau kat rumah tak ada kucing...kucing orang lain pun leh jugak tak pun kucing kat kedai makan yer.... 

Jom tengok gambar Boball dalam Markas Kotaknyer !!!!!! 

Muka mengada-gada sungguh ^_^








Sekian...kisah Boball dan kotaknya. Sekejap jer pun posing dengan kotak tu... Kotak tersebut digunakan untuk letak paperbag dan kertas. So tak boleh dah duduk dalam tu... Duduk lepak tempat lain yer... K tata..

No comments:

Post a Comment