Bunga Berguguran

Thursday, October 3, 2013

Permata Untuk Isteri

Lagu ni bukan lagu feveret sebelum nih....tapi kelmarin terdengar Incik Bb menyanyi lagu ni dengan senang hatinyer... Tang korus lak tu...'Ku ingin kau jadi wanita mulia.....Yang tahu harga budi dan hati....Seorang lelaki bernama suami'... Terasa macam tersentuh lak bila mendengarkan seorang suami menyanyikannya dan semesti ditujukan buat isteri tersayang la kan... So hari ni..as usual goggle lirik, video and letak dalam blog kesayangan ini. Saya sayang awak... Awak sayang saya.... Selamanya..... (^__________^)y


Permata Buat Isteri - Kopratasa

Telah kusiapkan
Satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi
Sebagai isteri

Untuk kau penuhi dengan kemuliaan
Seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang

Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami

Kerana engkau isteri...
Ku ingin kau mengerti
Bahawa hidup ini tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku

Wif My Bb Ucuk

No comments:

Post a Comment