Bunga Berguguran

Tuesday, July 30, 2013

Yeahh...dah Nak Raya...

Suka la sangat yer dah nak raya... Tapi rasanya sampai sekarang persiapan apa pun tak buat lagi.. Hehehe... Rilaks k..start malam ni buat kuih raya, shopping baju raya weekend ni la. Ala just berdua jer..bukan payah sangat pun nak cari baju raya. This year 1st time beraya sebagai seorang isteri. Dan ini kira 1st time la buat kuih untuk bawak balik kampung.. Kampung sendiri dan kampung mak mentua.. Cehh.....cara cerita macam la kampung tu jauh sangat... Mak tinggal kat Tronoh dan mak mentua di Trolak. Kami tinggal di Ipoh jer. So dekat jer ke-22 kampung tu. Raya tahun ni raya kat umah mak kiter dulu then 2nd raya baru balik kampung Incik BB. Tema hijau taun ni. Jadi macam ulat beluncas jela kami taun ni coz in green theme. But sweet apa warna ijau tu. Tenang lagi mendamaikan. 

So dah ada mood raya nih..blog ni pun dah tukar lagu raya yang tersangat meriah dendangan Anuar Zain dan Elina iaitu lagu 'Suasana Di Hari Raya'. Ni lagu faveret..coz macam meriah je lagu ni. Saya suka..saya suka... Kat bawah ni ada lirik lagu tu.. So view this entry sambil layan lagu yang menyanyi-nyanyi di blog ini. 


Suasana Di Hari Raya by Anuar Zain dan Elina

Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira

Bertukar senyuman dan salam ziarah-menziarahi
Tutur dan kata yang sopan saling memaafi
Suasana hari raya walau di mana pun jua
Memberikan ketenangan dan mententeramkan jiwa

Kuih dan muih beranika macam
Makanlah jangan hanya di pandang

Ketupat rendang sila nikmati kawan
Penat memasak malam ke pagi

Wajik dan dodol jangan lupakan
Peninggalan nenek zaman berzaman

Asyik bersembang pakcik dan makcik
Hai duit raya lupa nak di beri

Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira 

Gambar kami dolu-dolu.... (^___^)y 

No comments:

Post a Comment