Bunga Berguguran

Monday, July 29, 2013

Kisah Boball Balik Kampung

Ni citer Boball dalam perjalanan balik ke Trolak. Dia mengamuk dan tunjuk perasaan di dalam kereta. Tambahan, bila Incik BB singgah solat jumaat di Chenderiang lak tu. Mengamuk duk dalam kereta, last-last bawak la dia kuar berjalan depan rumah seorang mak cik nih. Alhamdulillah...jumpa orang yang baik, mula-mula bagi kerusi jer pada aku untuk duduk di muka pintu luar rumah. Bila tengok budak gumok ni mengamuk siap bagi sangkar untuk kurung dia. Aku lak dijemput masuk ke dalam rumah. Time kurung dia tu, bagi makan dan minum pun tak nak. 

Sementara tunggu Incik BB habis selesai solat jumaat...jenuh gak la melayan dia. Tapi bila kena kurung dalam sangkar..lega la ckit. Dia pun dah penat dan tidak la memberontak sangat. Sementara itu, aku pun melayan mak cik tu bersembang tentang kucing dan macam-macam la. Secara fizikal mak cik tu, bukan la orang yang senang. Keadaan rumah yang daif dan usang agak menyayat hati. Tapi mak cik ni mempunyai hati yang sangat baik. Yela.....mana tidaknya, bila tengok budak gumok ni mengamuk terus je dia menghulurkan bantuan. 

Padahal dia tidak pernah mengenali siapa aku pun. Sebenarnya touching jugak....memang la pertolongan dia simple tetapi bagi aku orang yang merasai bantuan di kala situasi yang sangat sukar. Rasanya tidak terhingga bantuan yang diberikan. Walaupun dia hanya bagi aku tempat untuk menenangkan Boball buat sementara waktu sehingga Incik BB selesai solat jumaat. Itu pun dah cukup membuat aku  rasa tersangat bersyukur. Allah sentiasa mempunyai perancangan tersendiri, dan di setiap perancangannya aku pasti bertemu insan-insan yang baik dan sangat menyenangkan. In Sha Allah...silaturahim yang terhubung bukan sekadar di situ dan dengan mengucapkan terima kasih sahaja tetapi akan diteruskan selagi termampu. Thank you Allah... 

Namun begitu, perjalanan balik tersangat menyenangkan aku. Budak gumok tu tido boleh dikatakan sepanjang jalan. Just kalau berhenti di tol dan lampu isyarat jer dia terjaga. Dalam perjalanan dia tido dengan macam-macam posisi dan rupa yang sangat comell.. Alhamdulillah...dia tido. Even tangan aku lenguh pegang dia....tak jadi hal janji jangan dia tak mengamuk dan memberontak. Kat bawah ni ada beberapa gambar dia tido dan gambar aku posing pegang dia. Hehehe...nak gak interframe gak... (^_______^)y

Masuk jer kete mengamuk

Sopan la sekejap jer

Posing jap...budak gumok tak kuasa nak layan

Aksi budak gumok tido.... (^___^)y

Posing lagi dengan budak gumok.... 

Aksi budak gumok.... 

Tunjuk perasaan...nak gak duduk atas riba Incik BB yang sedang drive... 

Kami pun nak gak posing ... (^___^)y


Sekian cerita tentang Boball...seminggu dua ni asyik cerita dia jer... Tu la nakal sangat sampai jadi entry blog aku.. Hehehe.....

No comments:

Post a Comment